Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Sabtu, 28 April 2012

JUMPA DI DATARAN PAGI ESOK - TIDAK ADA PERUBAHAN

 
 
 
Dipetik dari Blog Isham Rais Tukar Tiub
 
MAKLUMAT UNTUK SEMUA WARGA YANG AKAN DATANG ESOK PAGI
esok kita berhimpun di dataran
500 ribu kan berhimpun di dataran
dataran merdeka ialah tempat kita berhimpun

TIDAK ada perubahan
kita akan berarak
dari:
pasar seni
dari brickfeild
dari jalan sultan
dari klcc
dari masih india
dari masjid negara

semua menuju ke dataran


ESOK IBU SEGALA DEMO
selama 54 tahun kita ditipu
esok 500 ribu kita beri amaran
kita beri amaran keras
kita beri amaran kepada gerombolan
bahawa pru 13 ini jangan tipu

jika tipu
berjuta rakyat akan keluar lagi
ini amaran kita
ini amaran rakyat!






BERSIH 3.o TETAP DI DATARAN MERDEKA: AMBIGA
- keadilan daily

KUALA LUMPUR, 26 April: Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah tetap diadakan di Dataran Merdeka esok walaupun mahkamah mengeluarkan perintah supaya orang ramai tidak memasuki kawasan itu.

Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga berkata, penganjur berjanji tidak akan melanggar peraturan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.
“Tidak ada apa-apa perubahan. Walaupun tidak dapat masuk Dataran Merdeka, kita akan berada berhampiran kawasan itu,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, hari ini.

Beliau mengulas respon kepada perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada berhimpun dan memasuki Dataran Merdeka esok.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu secara ex-parte terhadap Bersih 3.0 dan diterima Ambiga kira-kira jam 12.00 tengahari tadi.

Menurut beliau, penganjur menetapkan enam lokasi untuk berkumpul iaitu Masjid Negara, KLCC, Jalan Sultan, Pasar Seni, Jalan Brickfields dan Dataran Gajah (Brickfields) sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Beliau berkata, perhimpunan itu akan bermula jam 2.00 petang dan akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.

Beliau menegaskan, Bersih 3.0 merupakan perhimpunan aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Penganjur akan menyediakan pasukan keselamatan dan pasukan perubatan bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar,” katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang