Oleh TukarTiub
Tiba-tiba negara kebajikan
menjadi isu perbincangan. Ini adalah hasil dari keputusan muktamar PAS
tahun 2011 baru-baru ini. Hasil dari muktamar ini, umum diberitahu
bahawa PAS akan menjadikan negara kebajikan sebagai akidah perjuangan.
Bila
sahaja PAS mengajukan negara kebajikan kepada umum, dengan serta merta
United Malays National Organisation bangun mengaku bahawa dasar ini
telah mereka jalankan. Justeru, mengikut United Malays National
Organisation PAS hanya menjadi "pak turut".
Saya
rasa memang ada warga kurang faham tentang apa sebenarnya negara
kebajikan. Saya yakin, ramai yang kabur dan kurang faham dan mungkin
menjadi sasau apabila United Malays National Organisation mengakui
bahawa mereka telah menjalankan dasar negara kebajikan.
Jika
dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National Organisation
ini sebagai agenda negara kebajikan, ini bermakna warga Palestin di Gaza
juga hidup dalam negara kebajikan.
Hampeh.
Pengakuan United Malay National Organisation ini betul-betul
mengelirukan ramai warga. Pengakuan United Malay National Organisation
ini sama seperti George Bush mengakui bahawa dia menyerang Iraq untuk
membawa demokrasi dan keamanan. Justeru, ciri pertama negara kebajikan
ialah apa sahaja dasar yang sedang dilakukan oleh United Malays National
Organisation bukan negara kebajikan.
Sudahnya
kita semua menyedari 'cakap tipu' United Malays National Organisation
ini. Biar saya sambung penerangan tentang negara kebajikan. Sesebuah
daulah wujud berasaskan ekonomi. Dalam dunia wujudiah kita pada hari ini
hanya ada dua bentuk sistem ekonomi - ekonomi kapitalis dan ekonomi
sosialis. Ini adalah dua sistem ekonomi induk. Yang lain-lain hanyalah
pecahan dari sistem ekonomi ini.
Saki baki budaya feudal
Ekonomi
kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Keuntunganlah yang
mengemudikan arah dan dasar negara yang mengamalkan sistem ekonomi
kapitalis. Manakala sistem ekonomi sosialis berpaksikan kepada kebajikan
ramai. Justeru negara atau daulah yang mengamalkan sistem ekonomi
sosialis akan menjadikan kebajikan ramai sebagai pedoman.
Tanah
Melayu pada satu ketika dahulu adalah negara bersistemkan ekonomi
feudal. Sistem ekonomi ini muncul sebelum ekonomi kapitalis. Raja
menjadi kepala yang mewakili seluruh kehidupan. Raja berkuasa memungut
cukai. Raja berhak memiliki tanah. Maka lahirlah budaya Melayu yang
menjadi lambang sistem ekonomi feudal ini. Justeru kita melihat orang
Melayu tunduk kepada raja walaupun raja itu hampeh. Hingga ke hari ini saki-baki budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi feudal itu masih wujud sebagai bukti.
Di
negara-negara tandus berpadang pasir seperti Arab Saudi telah muncul
satu budaya dan tamadun yang berpaksikan ekonomi padang pasir. Di Kutub
Utara yang sejuk bersalju telah melahirkan budaya dan tamadun negara
bangsa warga Eskimo. Amat jelas bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan
tamadun negara bangsa.
Saya
tidak perlu bersuluh untuk memahami bahawa dari sistem ekonomilah
munculnya budaya, moral, nilai, tata susila dan tamadun. Semua budaya
bangsa dalam dunia ini wujud hasil dari sistem ekonomi. Tamadun negara
bangsa adalah cermin dari sistem ekonomi yang sedia dipakai.
Mari
saya bawa kembali untuk memahami dua sistem ekonomi - kapitalis dan
sosialis. Untuk saya amat jelas dua bentuk sistem ekonomi ini memiliki
perbezaan yang hakiki. Malah dua sistem ekonomi ini bertentangan antara
satu sama lain. Keuntungan maksima tidak boleh wujud jika kebajikan
ramai ingin diberi. Dalam masa yang sama kebajikan ramai tidak mungkin
wujud jika keuntungan maksima ingin di capai.
Ini adalah hakikat bertentangan antara dua sistem ekonomi ini. Memang betul kita sering cuba dikelentong dengan kata-kata 'sama-sama menang' atau win-win situation.
Dalam sistem ekonomi tidak wujud sama-sama menang.
Jika loji Lynas di
Gebeng akan dibuka, yang untung membuat kekayaan ialah syarikat
Australia. Yang akan rugi warga Gebeng dan Kuantan. Mustahil syarikat
loji untung dan warga di Gebeng juga untung. Tidak pernah lagi dalam
sejarah ekonomi sosialis atau kapitalis akan wujud situasi sama-sama
untung.
Dalam bahasa orang kampung - tidak mungkin tauke untung dan kuli juga untung. Saya tahu ada juga yang berani berkata sedemikian. Untuk saya ini adalah kata-kata dari orang gila yang tidak faham asas ekonomi. Kita selalu mendengar atau membaca kata-kata win-win situation. Kata-kata ini datangnya dari mulut politikus United Malays National Organisation yang kerjanya hanya menipu orang ramai.
Kepentingan ekonomi
Dalam bahasa orang kampung - tidak mungkin tauke untung dan kuli juga untung. Saya tahu ada juga yang berani berkata sedemikian. Untuk saya ini adalah kata-kata dari orang gila yang tidak faham asas ekonomi. Kita selalu mendengar atau membaca kata-kata win-win situation. Kata-kata ini datangnya dari mulut politikus United Malays National Organisation yang kerjanya hanya menipu orang ramai.
Kepentingan ekonomi
Dalam
sisem ekonomi kapitalis, pelaburan dibuat untuk membawa untung. Justeru
balak ditebang untuk menguntungkan tauke balak. Mustahil penebangan
balak ini akan menguntungkan kera dan siamang dalam hutan, jauh sekali
orang Penan. Tanah sawit dibuka dikatakan untuk membawa peluang
pekerjaan. Ini kata-kata dari seorang munafik yang menyorokkan niat
asalnya untuk mencari keuntungan dari tenaga buruh pekerja ladang sawit
ini.
Saya
amat berharap para pembaca yang budiman faham bahawa politik itu adalah
ekonomi. Perebutan kuasa politik itu ialah perebutan kuasa ekonomi.
Kerana itu kempen politik adalah kempen tentang dasar ekonomi. Jika para
pembaca telah memahami sudut ini maka dengan senang sekali para pembaca
akan memahami apa dia politik terkini dalam negara kita.
Biar
saya jelaskan bahawa para penyokong sistem ekonomi kapitalis tidak
henti-henti merancang untuk merebut kuasa politik agar mereka dapat
membolot semua punca ekonomi. Rasa saya ini fakta yang jelas dapat kita
lihat dalam budaya politik United Malays National Organisation. Justeru
kaum kapitalis ini akan menyokong United Malays National Organisation
kerana parti ini menyebelahi kepentingan mereka.
Bagitu
juga pendokong yang mengajukan sistem ekonomi sosialis. Mereka juga
akan menyusun penyokong. Kalau dalam sistem ekonomi kapitalis, pihak
yang menyokong ialah kaum pemodal dan pelabur. Dalam sistem ekonomi
sosialis yang menyokong ialah kaum buruh, kaum tani dan warga miskin
yang hidup tanpa harta kekayaan.
Justeru, sekali lagi saya tunjukan wujudnya pertembungan antara dua sistem ekonomi. Lalu pertanyaan muncul, di mana hendak kita letakkan negara kebajikan yang telah diajukan oleh parti PAS?
Justeru, sekali lagi saya tunjukan wujudnya pertembungan antara dua sistem ekonomi. Lalu pertanyaan muncul, di mana hendak kita letakkan negara kebajikan yang telah diajukan oleh parti PAS?
Biar
saya terangkan dengan sejelas mungkin tentang negara kebajikan ini.
Negara kebajikan bukan satu sistem ekonomi. Jangan sesekali silap untuk
mentakrifkan bahawa negara kebajikan ini satu sistem ekonomi. Bukan.
Naratif dalam al-Quran
Negara
kebajikan ini muncul dari satu sistem ekonomi. Negara kebajikan
dilahirkan dari sistem ekonomi sosialis. Hanya sistem sosialis sahaja
yang memiliki kudrat dan iradat untuk membawa kemunculan negara
kebajikan. Lalu timbul persoalan bahawa PAS ini bukan parti sosialis.
Pas mengakui diri sebagai parti Islam. PAS sebuah parti Islam adalah
kenyatan yang betul dan tepat.
Wajib
kita sedari bahawa Islam itu adalah agama kepercayaan dan bukan sistem
ekonomi. Dalam kitab suci al-Quran yang dimunculkan adalah ayat-ayat
yang membawa naratif-naratif contoh yang menggambarkan negara kebajikan.
Justeru terpulanglah kepada si penganut untuk menggunakan akal dan
fikrah untuk melakar dan mencipta satu sistem ekonomi yang melahirkan
negara kebajikan.
Di
tahap tamadun manusia hari ini, negara kebajikan hanya dapat diwujudkan
melalui struktur sistem ekonomi sosialis. Lalu timbul satu lagi
persoalan, bukankah sosialis ini tidak beragama dan tidak bertuhan?
Saya
rasa masa dan ketikanya telah sampai untuk kita semua berani
membebaskan diri dari diperangkap oleh propaganda 'perang dingin' yang
mengatakan bahawa penyokong sistem ekonomi sosialis ini tidak bertuhan.
Ini sebenarnya lahir dari kejayaan propaganda licik ketika pertempuran
hebat antara dua ideologi sistem ekonomi. Ideologi sistem kapitalis yang
dikepali oleh Amerika Syarikat dengan sistem sosialis yang dipimpin
oleh Rusia. Pertempuran ini berjalan hebat bermula sesudah Perang Dunia
Kedua hingga runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989.
Adalah
betul dan tepat apabila kita mengatakan bahawa sistem ekonomi kapitalis
atau sosialis tidak memiliki agama dan tidak memiliki tuhan. Sistem
ekonomi ini samalah seperti enjin kereta yang wujud. Tugas enjin hanya
untuk bergerak dari kampung ini ke kampung itu.
Tidak mungkin enjin
kereta ini beragama dan bertuhan.
Biar
saya terangkan lagi sejelas mungkin tentang beza agama dengan sistem
ekonomi. Ini agar kita semua akan memiliki pandangan yang cerah dan
terbuka. Biar saya tunjukkan bagaimana Syed Mukhatar seorang penganut
agama Islam yang selalu bersedekah; tetapi dia juga seorang kapitalis
besar. Harta kekayaan Syed Mukhtar datangnya dari tenaga kaum buruh.
Seorang
lagi kapitalis besar ialah Bill Gates. Bill Gates tuan empunya
Microsoft adalah seorang atheis. Apa yang ingin saya paparkan, bukan
agama dan kepercayaan yang penting tetapi akidah. Bill gates dan Syed
Mukhtar memiliki akidah yang sama sebagai kaum kapitalis. Kaum kapitalis
mencari untung. Akidah mereka ialah keuntungan maksima.
Bercakap
selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas
kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan
BERSIH hari ini.
Selain
Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu
BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri
Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.
"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.
Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.
"Polis
tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran
air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.
Katanya
ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju
membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi
menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.
"Saya
menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan
beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.
Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.


Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.
"Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet.
"Kami
menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan,"
laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di
tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri).

Pasukan
polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi
juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan
tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar
yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun
tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus
melarikan diri.
Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.
2.57pm:
2:45pm:
Beberapa
pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul
Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.



Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.
Dalam
perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata
dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu
BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.
1:44pm:
1:38pm:
Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.
Terdapat
marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan
kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan
masing-masing.
1.21pm:
Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong
Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel
Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk
Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian
Chua.
Twitter
yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0
dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan
berita palsu.
Sebelum
itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau
memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan
dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.
Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.
Dari
jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini
adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis
juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan
dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.
11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.