Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Ahad, 24 Mei 2009

Hubungan baik Raja Dr. Nazrin dengan DS Nizar


Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tiba, DS. Nizar dan Isteri memasuki Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.

Sabtu, 23 Mei 2009

Waspada 'musuh dalam selimut' PAS

PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti.

Dalam amarannya itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti itu berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.

"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti Harakah dan Siasah atau media-media lain.

"Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.

"(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Dr Haron, yang menarik diri baru-baru ini daripada persaingan merebut kerusi timbalan presiden PAS, menggesa parti itu menyediakan garis panduan yang lebih ketat dalam pelantikan barisan pemimpin kanannya.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas ucapan dan saranan Dr Haron ini ketika dihubungi selepas program tersebut petang ini.

Seminar hari ini - dibuat bersempena sambutan 25 tahun kepemimpinan ulama yang jatuhnya pada 2007 - menimbulkan kontroversi dalam PAS apabila dibuat menjelang muktamar dan pemilihan parti antara 5 hingga 7 Jun di Shah Alam.

Sesetengah pihak dalam parti itu mendakwa seminar anjuran Dewan Ulama ini yang diwajibkan kepada pemimpin PAS kawasan, wakil rakyat dan ahli jawatankuasa pusat parti hanya didominasi pembentang kertas kerja dan pengulas daripada aliran pro-muqabalah.

Beberapa peserta yang dihubungi berkata sesetengah pemimpin PAS yang hadir tidak senang dengan kenyataan tokoh ulama itu yang disifatkan mengkritik aliran pro-Pakatan Rakyat atau dikenali juga "kumpulan Erdogan."

Pembentang-pembentang lain termasuk bakal ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib - yang dikatakan pro-muqabalah - tidak mengambil peluang menghentam pihak lain.

Sementara beberapa peserta lain enggan mengulas kenyataan kontroversi tersebut - dipercayai bagi menjaga imej parti di mata umum.

Nuffnang