Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Isnin, 12 Mei 2008

Akhbar Menggalakkan Umat Islam Berjudi

Salam Sejahtera buat bloggers dan pembaca.

Setelah lama tidak menulis, saya ingin membuka minda rakyat sekalian mengenai akhbar tempatan kita hari ini. Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro (sekadar menyebut beberapa jenis akhbar yang telah diteliti). Mereka ini sememangnya kita ketahui ia adalah akhbar pro kerajaan Barisan Nasional/UMNO. Akhbar berbahasa melayu ini sememangnya menggalakkan umat Islam khususnya rakyat Malaysia amnya melakukan perkara dilarang oleh Allah swt. Mereka menggalakkan perjudian yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mengaut keuntungan dari pengiklanan 4D, sport toto dan lain-lain.

Umum mengetahui bahawa bahawa surat khabar ini dibaca oleh orang Melayu beragama Islam keseluruhannya. Walaupun ada segelintir pembaca daripada bukan Melayu dan bukan Islam seperti Cina, India dan sebagainya. Ini perlu dititik beratkan oleh semua pihak. Terutama dari pihak sidang akhbar sendiri dan pihak kerajaan. Kita tidak mahu menjana atau melahirkan umat Islam yang suka berjudi dan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Adakah mereka semua ini buta agama?

Saudara, sudari lihatlah sendiri dengan mata kepala kita, di bahagian sukan terutamanya, penuh dengan iklan-iklan berjudi! saya memang panas selalu melihat perkara ini.

Fikir-fikirkan lah wahai umat Islam, bangsa Melayu, rakyat Malaysia sekalian. Jika kita mahu menjadi bangsa, umat yang berjaya, juahilah perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Marilah kita sama-sama memboikot serat khabar ini sepaya mereka sedar akan perkara ini. Walahu'alam

Nuffnang