Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 24 April 2008

Wakil BN lompat sebelum 16 Sept

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.
Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).
"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan. Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak." Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.
Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .
Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.
Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac. Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Mad Said terus berjuang tuntut royalti – MB tidak dapat laporan belanja Monsoon Cup

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said bertegas akan terus berjuang menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan lima peratus royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian di Kuala Lumpur kerana difakamkan beliau turut sama menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja."Tuntutan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah tuntutan rakyat Terengganu," katanya hari ini kepada akhbar internet Malaysiakini.Justeru itu, menurutnya beliau akan menemui Perdana Menteri dua minggu lagi untuk membincang soal tersebut.
Beliau berkata, selama ini semua projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat yang dibiayai menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.Beliau berkata terdapat banyak projek pembinaan jalanraya yang dibiayai oleh dana tersebut tetapi tidak banyak membawa keuntungan rakyat Terengganu.Beliau menyatakan kebimbangan kemungkinan minyak yang di keluarkan di Terengganu akan habis tidak lama lagi."Kita juga bimbang minyak akan habis, menyebabkan Terengganu akan lumpuh,“Petronas kata Terengganu ada antara 15 hingga 20 tahun lagi," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, hasil minyak tersebut bukan setakat untuk pembinaan jalan sahaja namun ia diperlukan untuk membuat pelaburan supaya kerajaan negeri boleh mendapat pulangan dari hasil pelaburan tersebut.Beliau mendedahkan penganjuran lumba perahu layar Monsoon Cup adalah dibiayai oleh Wang Ehsan/Dana Khas pada setiap tahun (RM 300 juta), walaupun acara tersebut tidak menguntungkan.
Bagaimanapun, menurut beliau, penganjuran Monsson Cup tidak boleh dihentikan ketika ini kerana kerajaan terikat dengan kontrak penganjuran untuk selama 10 tahun.Apabila ditanya berapakah sebenarnya perbelanjaan penganjuran sukan tahunan tersebut Mad Said menjawab, "Saya tidak mendapat laporan lengkap mengenai perbelajaan Monsoon Cup,"

Sabtu, 12 April 2008

Abdullah Kena Faham Kehendak Umno Johor

MSO
UMNO Johor telah menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Ahmad Badawisebagai presiden dan perdana menteri. Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Abdul Ghani Othman selepas badan berkenaan berjumpa dengan Abdullah kira-kira tiga jam.
Sekali dengar kenyataan itu semacam ikhlas dan jujur. Namun bila dilihat dan dipadankan dengan senerio semasa atau khabar-khabar yang tersebar sebelum ini menyebabkan kenyataan atau ikrar itu boleh dipertikaikan.
Sebelum ini Umno Johor dikatakan akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Abdullah agar berhenti. Mereka juga akan turut ajar teknik atau pun kaedah cara-cara berundur dengan baik sehingga tidak memalukan Abdullah.

Khabarnya sembilan daripada 25 ahli badan perhubunga Umno telah membuat pywar awal mahukan Abdullah berundur. Ia sudah tersebar luas dalam internet dan blog. Tindakan sembilan itu juga dipercayai disokong oleh beberapa orang lagi. Tetapi kerana mereka ada kepentingan dan ingin menjaga periuk nasi maka mereka diamkan saja.
Perkemanbgan yang sudah menyenak minda umum itu agak kontas dengan apa yang dinyatakan oleh Abdul Ghani Othman. Apakah kesemua sembilan yang menentang itu berubah hati apabila bertemua dengan Abdulah seperti mana berlaku ke atas seorang bloger beberapa hari lalu?
Ataupun ada cerita lain di sebalik pertemuan itu sebenarnya. Ianya sengaja disembunyikan bagi mengelak Abdullah malu dan tidak sampai membiarkan carik-carik kecil dalam Umno terus membedah!
Menyembunikan sesuatu
Biarpun Abdul Ghani dan Umno cuba menyembunyikan sesuatu namun ia terhidu juga oleh orang luar atau pemerhati politik. Orang yang bijak akan bertanya sendiri mengapa dalam suasana Umno Johor menyatakan sokongan kepada Abdullah tetapi mereka juga menyuruh Abdullah menyediakan pelan peralihan kuasa.
Apakah maksud dan makna pelan peralihan kuasa? Apakah tujuan dan maksud pelan berkenaan? Perlalihan kuasa bermakna, pegantian atau pertukaran orang yang memegang kuasa di dalam sesuatu organisasi. Dalam konteks Umno, ialah penggantian pucuk pimpinanya. Secara terangnya Abdullah perlu diganti oleh seseorang yang lain.
Manakala peralihan kuasa dalam konteks lebih luar (negara) ialah pertukaran parti yang memerintah Malaysia. Mislanya daripada BN/Umno kepada pembangkang PKR-DAP-Pas yang kini sedang mengagaskan Pakatan Rakyat.
Memahami maksud itu, apabila Johor meminta Abdullah mengadakan pelan peralihan kuasa ia membawa maksud meminta Abdullah berundur secara sistemetik. Mungkin Umno Johor tidak tegamak menggunakan perkataan “berundur” sebaliknya menggunakan istilah sains politik yang diplomasi, pelan peralihan kuasa.
Abdullah jangan baut-buat tidak faham dengan apa yang berlaku di Johor itu. Cadangan supaya beliau menyediakan pelan peralihan kuasa itu adalah simbolik atau isyarat halus agar beliau berundur atau lepas jawatan.
Adalah malang sekali kalau Abdullah masih terus berniat baik dengan Umno Johor itu dan merasakan Umno Johor pimpinan Abdul Gahni itu ikhlas dan jujur terhadapnya. Kalau beliau menerima apa yang berlaku di Johor jelas beliau tertipu!
Abdullah perlu ingatan kepada latar sejarang hubungan beliau dengan Abdul Ghani yang kurang baik. Mereka bertelingakah pendapat dalam berbagai hal. Abdul Ghani dikatakan berkecil hati kepada beberapa keputusan Abdullah mengenai beberapa projek pembangunan di Johor.
Menggunakan kuasa
Abdullah dikatakan tidak berunding dengan Abdul Ghani dan menggunakan kuasanya sebagai PM. Terutamanya mengenai projek Pembangunan Wilayah Iskandar yang kini menjadi Iskandar Malaysia.
Tindakan itu menyebabkan Abdul Ghani merasakan beliau di belakangkan.
Begitu juga cadangan Abdullah hendak menukar MB tidak disenangi oleh Abdul Ghani. Walaupun Abdul Ghanidijanjikan untuk diletak di pusat namun tindakan itu seolah-olah menunjukkan Abdul Ghani tidak perform sebagai MB.
Menejelang pilihan raya lalu, Abdullah sekali menghadap Sultan Johor untuk meyampaikan hasratnya untuk menukar MB daripada Abdul Ghani kepada Khalid Nordin. Namun usaha itu gagal.
Berdasarkan latar itu apa yang berlaku di dalam badan perhubungan Umno Johor itu tidak hairan kalau Abdul Ghani juga turut bersekongkol untuk meminta Abdulah berundur. Hanya sekalu Pengerusi beliau harus bertindak bijak agar tidak menimbulkan masalah besar kepada Umno.
Kesimpulannya Abdullah tidak boleh merasa selesa dengan pengakuan Umno Johor semalam. Paling penting beliau harus menyedari apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan menyokong dan meminta beliau mengadakan pelan peralihan kuasa itu.
Maksud yang tersirat yang mudah ditafsirkan ialah Umno Johor sepakat mahukan beliau berundur. Bagi Umno Johor Abdullah sudah menjadi pembawa wabak yang bakal memusnahkan Umno seluruhnya. Bagi orang Johor mereka sangat takut akan kepupusan Umno kerana parti itu mengikut sejarahnya modennya ditubuh di Istana Sultan Abu Bakar.
Keagungan duniawi itu benar-benar dipertahankan oleh orang Melayu Johor!
Justeru adalah lebih baik kalau Abdullah tidak menelan kenyataan sokongan oleh Abdul Ghani itu sebaliknya tetap beranggapan bahawa Umno Johor sudah tidak ‘hingin’ kepadanya lagi.

Nuffnang