Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Sabtu, 29 Mac 2008

Perlumbaan antara Ku Li dan Anwar

Berikut adalah petikan daripada tulisan Raja Petra. Asalnya disini

Ghapur Salleh sebenarnya mahu keluar dari Umno Sabah sejurus sebelum pilihanraya 8 Mac 2008 untuk membolehkannya bertanding atas tiket PKR.Anwar Ibrahim, bagaimanapun, tidak mengizinkannya. Ghapur telah merungut kepada kawan-kawannya tentang apa yang Anwar perlu lakukan ialah memberikan ‘kata’ dan dia bersama beberapa rakan yang rapat dalam Umno Sabah, akan ‘beraleh’ dan bertanding dalam pilihanraya dibawah lambang PKR.Anwar sudah tentu mempunyai beberapa alasan. Beliau mahu Sabah dan Sarawak menjadi ‘pasukan simpanan’ sekiranya Pembangkang memenangi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan pusat.

Sebagaimana kini, pembangkang telah memenangi 82 kerusi Parlimen dan apa yang diperlukannya ialah tambahan 30 untuk memberikannya kelebihan 2 kerusi majoriti ke atas Barisan Nasional. 30 kerusi akan menjadikan kiraan mata 112:110, Apa yang perlu dilakukan oleh DYMM Agong ialah melakukan apa yang Perlembagaan Persekutuan memerlukannya melaksanakannya. Dan apa yang perlu DYMM Agong akan lakukan ialah melantik seorang Perdana Menteri yang baru dari kalangan 222 Ahli Dewan, yang pada pandangan Tuanku, mempunyai kepercayaan majoriti dari kalangan Ahli Dewan. Adalah sangat ‘longgar’ walaupun dinyatakan dengan jelas tetapi ianya telah tertulis memberikan kuasa besar kepada DYMM Yang DiPertuan Agong untuk menterjemahkan ‘pendapat’, ‘arahan’ dan ‘kepercayaan’ sebagaimana menurut pandangan kebawah Duli Tuanku..Yang paling penting , ialah kebawah Duli Tuanku tidak perlu meminta nasihat Perdana Menteri tetapi sebaliknya , melaksanakan atas budi bicara dalam membuat pertimbangan sendiri.

Adakan Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang disusupnya? Tidak, Dia tidak ada mempunyai 30.Sebaliknya dia kini mempunyai 38, majoritinya dari Sabah dan Sarawak. Tidakkah anda lihat Anwar terbang ke Sarawak pada pagi 9 Mac dan ke Sabah pada hari berikutnya? Dan tentunya bukan untuk membeli beberapa topi Iban atau Dayak. Ianya perbincangan dengan Pemimpin Barisan Nasional dari dua negeri di Malaysia Timur.

Abdullah Ahmad Badawi mengetahui semua ini, sebagaimana para penasihatnya di tingkat empat. Bagaimana pun, disebalik tidak cuba menambat hati dan pemikiran Pemimpin Malaysia Timur, dia menimbulkan kebencian mereka apabila mereka ditawarkan hanya lima jawatan Timbalan Menteri dan di Kementerian yang tidak penting.

Sabah and Sarawak membawa masuk 54 kerusi Parlimen berbanding 86 daripada Semenanjung Malaysia. Tanpa 54 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak, Barisan Nasional hanya mempunya empat kerusi majoriti sahaja melebihi pakatan Ppembangkang PKR,DAP dan PAS—sedangkan undi popular yang diperolehi BN adalah kurang daripada separuh. Ianya melebihi sedikikit daripada separuh apabila undian dari Sabah and Sarawak disertakan.

20 daripada 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional Sarawak telah bersetuju melompat ke Pembangkang sementara 16 daripada 24 Ahli dari Sabah akan menyusuli sekiranya Sarawak mengambil langkah lebih awal. Sebagai sepak mula, Anifah Aman, adik ketua Menteri Sabah , menolak jawatan Timbalan Menteri dan dengan hampir setengah dozen lebih kurang pemimpin Sabaha telah terbang ke Melbourne untuk bertemu lain pemimpin dari Sarawak. Mereka telah berada disana sejak minggu lepas ; merancang tindakan mereka, yang akan mereka laksanakan apabila telah tiba masanya.Pastinya Anifah tidak akan bertindak tanpa persetujuan dari abangnya,Musa Aman.

Mereka tentunya tidak akan melakukannya sekarang.Mereka menunggukan Mei 2008. memjelang tengah malam 14 April 2008, Anwar akan layak untuk bertanding dalam pilihanraya dan kemungkinannya Tan Sri Khalid Ibrahim akan melepaskan kerusi Bandar Tun Razak atau Zulkilfi Nordin melepaskan kerusi Kulim . Pilihanraya kecil akan diadakan dan Anwar tentunya calun PKR yang akan bertanding.Pada 5Mei 2008, Parlimen akan bersidang dengan Anwar sekarang sebagai anggota Parlimen dari 7 Mei 2008 seterusnya, 82 Ahli Parlimen Pembangkang akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Abdullah, disokong oleh tidak kurang 38 Anggota Parlimenn BN, bilangan terkini (yang diambil pagi ini)

7 Mei 2008 masih lagi jauh ,satu bulan lebih jaraknya dan satu hari adalah jangka masa yang panjang dalam politik , apa lagi lebih 40 hari. Maka dijangka bilangan 38 ini akan bertambah dan bukanlah satu kejutan jika akhirnya nanti, bukan sahaja satu majoriti yang mudah, tetapi 2/3 majoriti. Adakah kita akan menyaksikan, bahawa Anwar akhirnya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?

Walau bagaimana pun, sedang semua ini berjalan, calun yang lagi seorang untuk jawatan PM Malaysia ke-6, juga bergerak pantas disebalik tabir. Dan orang ini adalah penghuni seumpama yang mendiami ‘Rumah Puteh’ di Langgak Golf.

Tengku Razaleigh Hamzah bukan tidur.Dia menemui ratusan rakyat seluruh negara.Dan sedang anda membaca ini, Tengku Razaleigh sedang menerima kunjungan 100 Bahagian Umno dan Ketua Cawangan , menjamu selera dipejabat seperti kediaman dibelakang Kedutaan Amerika.

Tengku Razaleigh sedang melalui jalan yang sedikit berbeza. Sedang Anwar mengambil langkah ‘undi tidak percaya’didalam Parlimen, Tengku Razaleigh sedang sedang melobi 193 Bahagian Umno . Setakad ini dia mempunyai 74 Bahagian Umno memihak kepadanya.Dia memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalunan untuk bertanding menentang Presiden Parti merangkap Perdana Menteri. Tetapi itu sekadar cita-citanya jika mahu bertanding pada pemilihan parti Ogos ini, dimana Abdullah sedang cuba menundakannya hingga ke 2009.

Ogos 2008 adalah terlalu lewat. 2009 lebih lewat lagi. Pada masa itu, Anwar mungkin sudah menjadi Perdana Menteri. Maka itu, Tengku Razaleigh tidak mampu menunggu hingga Ogos.Dia mesti bergerak sekarang.Dan menjelang 4 April 2008, Tengku Razaleigh akan merancang satu perhimpunan di Gua Musang. Sekiranya dia mampu menghimpunkan lebih100 Bahagian Umno menghadiri perhimpunan tersebut, maka dia akan mampu untuk mengadakan Mesyuarat Agong pada 11 Mei 2008 , dimana perlembagaan parti membolehkan dua penama dibenarkan bertanding , seperti mana jua lain-lain jawatan.—termasuklah kemungkinannya mendapatkan undi tidak percaya terhadap presiden parti , turyt diluluskan sama.

Ya, tentunya ianya satu perlumbaan yang sangat sengit.Tengku Razaleigh akan memulakan langkahnya pada 4 April sedangkan Anwar hanya boleh melakukannya selepas 14 April. Maka Anwar boleh melakukan langkah keduanya selepas 7 May sedangkan Tengku Razaleigh pula pada 11 May.

Ianya adalah satu ‘photo-finish’ dan dimenangi dengan hidung. Tetapi hidung siapa yang akan melintasi garis penamat lebih dahulu? Hey, saya tidak boleh dedahkan semuanya dahulu. Khairy Jamaluddin dan budak-budaknya juga turut membaca ini, anda tahulah. Pertama sekali kita lihat dahulu samada mereka berjaya menunda pemilihan Umno Ogos 2008 sehingga 2009. Jika mereka gagal, maka Tengku Razaleigh diyakini akan menjadi Perdana Menteri .Sekiranya mereka berjaya menundanya, maka pertaruhan saya adalah keatas Anwar.Tidakkah saya pernah katakan Malaysia adalah sebuah negara yang menakjubkan?

Oh , satu perkatra lagi, perhatikan tindakan Raja-Raja dalam masa tiga minggu terakhir sejak 8 Mac 2008 dan apa yang akan mereka lakukan beberapa minggu yang akan datang. Itu akan memberikan anda pertanda baik apa yang ada tersimpan untuk kita.

RM2juta : Reaksi Raja Petra Kamarudian

Ikuti reaksi Raja Petra Kamarudian terhadap keputusan Mahkamah yang mengarahkanya membayar RM2juta kepada Nordin Kardi. Rencana asalnya disini

Nordin Kardi NC UUM, akhirnya mendapat penghakiman terhadap saya . Apabila mereka mula-mula menyampaikan surat dakwaan ke atas saya, jumlah tuntutan ialah RM85 juta. Saya sebenarnya agak tersinggung kerana hanya sekadar RM85juta dan bukan ‘angka genap’ RM100 juta. Saya sangka nilai diri saya lebih dari itu.Bagaimana pun, apabila mahkamah membuat keputusan , jumlah tersebut dikurangkan hanya RM4 juta (RM2 juta untuknya dan RM2juta untuk UUM) Maka sama ada dia menuntut saya RM100 juta atau RM85 juta, tidak menjadi hal apa-apa pun.

Keputusan mahkamah , bagaimana pun, bukan berdasarkan kepada ‘nilai’ diri saya.Ianya berdasarkan nilai keatas Nordin Kardi dan UUM. Saya didakwa telah mencemarkan reputasi Nordin dan juga semua universit yang terdapat di Malaysia termasuk para cendekiawan yang menerajuinya.Dalam satu cara, Nordin memfailkan umpama tuntutan ' class action ’ terhadap saya , mempertahankan bukan sahaja reputasinaya, dan bukan sahaja reputasi UUM, malah seluruh universiti di Malaysia; dan kesemua para cendekiawan Malaysia yang menerajui universiti tersebut. Dan mahkamah telah menilaikan kesemua reputasi yang dirangkum dengan hanya RM4juta.

Mahkamah telah menyuarakan bahawa kesemua reputasi mereka ini bernilai hanya RM4 juta.Cukuplah apa yang saya katakan.

Yang sebenarnya, Nordin tidak memenangi kes tersebut.Ianya aadalah sebaliknya. Saya ‘lontar’ kes itu. Apabila peguamnya menghantar kepada saya Letter of Demand, saya tidak memperdulikannya.Saya lontarkan kedalam bakul sampah.Kemudian mereka menghantar surat tuntutan samman , lagi sekali saya tidak endahkan dan mencampakkannya kedalam bakul sampah. Kemudian saya diarahkan supaya membela diri dalam mahkamah dan sekali lagi saya tidak endahkan arahan itu dan mencampakkannya kedalam bakul sampah. Saya, sudah tentu juga tidak menghadhir diri dalam mahkamah maka mereka memperolehi penghakiman kerana saya tidak menghadirkan diri.Tidak lama nanti, mereka akan menyampaikan keputusan penghakiman tersebut kepada saya dan saya akan melakukan apa yang terbaik , saya akan mencampakkannya ke bakul sampah.

Kemudian mereka akan memfailkan bankrapsi terhadap saya dan saya akan , pada waktu menerima notis bankrapsi , tahu apa ? Ya , saya juga akan campakkannya ke bakul sampah . Itulah nilai yang saya berikan keatas semua Surat Samman dan tuntutan dan apa sahaja yang mereka kirimkan kepada saya dan saya akan teruskan perlakuan sama dan meneruskan permainan keadilan yang palsu di Malaysia.

Sebab utama Nordin mampu ‘mendapat’ saya adalah disebabkan orang bodoh dalan Suara Keadilan ( harap bukan Zunar atau Tian Chua), surat khabar Parti Keadilan, membuat satu kesilapan bodoh ‘mencuri’ sesuatu daripada Malaysia Today dan menerbitkannya dalam surat khabar mereka tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan saya. Malah, saya sendiri tidak menyedari yang mereka telah mengambil item tersebut daripada Malaysia Kini sehinggalah saya menerima Letter of Demand daripada peguam Nordin.Adalah satu perkara yang sangat bodoh di pihak mereka yang melakukan hal tersebut yang menjadi sebab mereka mampu menyusahkan saya. Tetapi tidaklah sampai saya tidak boleh tidur kerananya.Mungkin selepas ini, mereka akan lebih berhati-hati untuk mencuri bahan saya tanpa mendapat keizinan daripada saya terlebih dahulu.

Bagai mana pun, apa yang menggelikan saya sangat ialah , saya adalah tajuk utama diTV3 malam tadi.Biasanya berita utama memuatkan hal Perdana Menteri, keduanya ialah tentang Timbalan Perdana Menteri, kemudian berkaiatan krisis di Trengganu , diikuti dengan beberapa propaganda tentang Pembangkang, umpamanya krisis di Selangor atau di Perak atau di Pulau pinang , atau yang sepertinya.Tetapi malam tadi, kesemuanya itu mengambil tempat kedua sedangkan saya merupakan item utama dalam berita.Dan ianya bukan sekadar 30 saat sepertimana biasanya item berita disiarkan.Ianya beberapa minit – tidaklah buruk pada saya.

Kemudian Nordin Kardi membuat kenyataannya dan melalut memperkatakan tentang bagaimana laman blog telah mencemarkan reputasi cendekiawan seperti dirinya. Alahai, sejak bila dia jadi seorang cendikiawan? Jika dia seorang cendekiawan, maka Madonna seorang yang masih dara.Nordin hanyalah seorang‘psy-war man of BTN', agensi yang ‘membasuh otak’ kakitangan kerajaan dan para pelajar supaya percaya bahawa negara ini adalah negara Melayu dan kaum Cina dan India adalah pendatang yang mesti diltempatkan ditempat yang selayaknya dan mesti di peringatkan selalu bahawa mereka itu adalah ‘pendatang’ . Dan untuk menggosok Abdullah Ahmad Badawi ditempat yang betul , mana-manalah sahaja tempat yang tepat, dia di lantik jadi Naib Chancellor UUM. Cendekiawan yang sebenar patut menuntut malu RM100juta daripadanya kerana memberikan nama yang buruk kepada gulungan mereka.

Saya harap Nordin telah menghabiskan banyak wang untuk membayar upah guaman atas tuntutannya terhadap saya sebab pastinya dia tidak akan mampu membuatkan saya membayar untuknya perbelanjaan guamannya.tetapi saya berasa , jika anda memegang jawatan tertentu dalam kerajaan, anda sentiasa boleh mendapat kontraktor Cina untuk melunaskan bill anda. Adakah saya berkata sesuatu yang akan membolehkannya meng-sue saya lagi? Baiklah, saya juga akan meneruskannya dengan sampah masyarakat seorang Melayu yang menjijikan ini; yang membuatkan saya malu mengaku diri saya seorang Melayu.

Hingga kita berbual lagi, kalian jagalah diri, dan jauhkan diri dari mahkamah.

Ahad, 23 Mac 2008

Melayu UMNO : Biadap!

UMNO. Menyingkap sejarah bangsa Melayu melayu persatuan-persatuan Melayu disatukan dibawah payung UMNO iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Setelah 42 tahu, UMNO yang diasaskan oleh Allahyarham Dato' Onn Jaafar ini telah diharamkan angkara terdapat puak-puak yang tamakkan kuasa. Maka UMNO BARU telah ditubuhkan pada tahun 1988.

Sebenarnya di dalam UMNO sememangnya berpuak-puak. Seperti Bangsa Arab Jahiliyah sebelum kedatangan sinar Islam itu sendiri. Mereka berpecah belah disebabkan tidak bertunjang suatu paksi agama. Mereka hidup berpuak-puak mengikut kabilah. Disini dapat dilihat bahawa parti yang mengamalkan parti atas dasar kaum sememangnya berpecah-belah. Di dalam UMNO dipanggil team yang mewakili atau menyokong pemimpin mereka.

Maka disini, setelah 50 tahun merdeka, bibit-bibit perpecahan bermula setelah tamatnya Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008. UMNO dan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali Pak Lah telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen dimana hanya 140 kerusi manakala pihak pembangkag atau lebih dikenali sebagai Barisan Alternatif/Rakyat telah menunjukkan prestasi memuaskan dengan 82 kerusi.

Kemudian, tatlkala Barisan Rakyat dapat menawan 4 negeri baru, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor termasuk dapat mengekalkan kembali kuasa di Kelantan dengan majotriti lebih besar, maka Pak Lah telah dipersalahkan. Pemimpin parti komponen BN telah tewas. Antaranya Presiden Geraka, Tan Sri Dr Koh Tsu Kun, Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu, Presiden PPP, Dato' M.Kayveas. Tidak lupa, Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil tewas kepada Puteri Reformasi di Lembah Pantai dan ramai lagi.

Namun, Pak Lah masih tidak mahu bertanggungjawab dengan membuat kenyataan bahawa ini adalah pilihan rakyat. Beliau sedikitpun tidak mahu bertanggugnjawab. Namun, dikalangan pemimpin parti komponen lain berasa bertanggungjawab atas kekalahan mereka dan mahu meletak jawatan.

Kemudian, babak yang menunjukkan UMNO gilakan kuasa apabila secara terang-terangan mengatakan DAP biadap tatkala menyuruh ADUN DAP tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah MB Perak Ir. Mohd Nazir. UMNO dengan lantang memarahi DAP Lim Kit Siang yang dikatakan tidak menghormati raja. Di sini, pihak pembangkang juga merasakan tidak puas hati. Namun, penasihat DAP itu memohon maaf kepada Raja Dr Nazrin atas keterlanjurannya tempoh hari.

Namun, apa yang berlaku di Perlis berlainan. MB yang dipilih oleh Pak Lah, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak direstui oleh pihak Istana Indera Kayangan. MB pilihan raja adalah Datuk Dr Md Isa Sabu. Berlaku pergolakan sekejap di mana terpaksa raja memanggil kesemua ADUN untuk memilih MB baru dan 11 orang ADUN meyokong perlantikan MB baru menggantikan Shahidan Kassim.

Setelah itu, setelah seminggu piliharaya berlalu, barulah Pak Lah mengumumkan barisan kabinet yang dikecilkan berbanding sebelum ini. Sememangnya mengejutkan kebanyakan rakyat di Malaysia apatah lagi di dalam UMNO sendiri. Sememangnya kabinet yang dibentuk telah mendapat restu dari Tingkat 4, Pejabat PM iaitu menantu PM sendiri, Khairy Jamaluddin. Orang-orang Datuk Seri Najib dilihat telah ditendang kelaur dari kabinet Pak Lah seperti Jamaluddin Jarjis. Orang-orang secara terang-tereang telah diberi jawatan menteri seperti Datuk Shaziman Mansur dan timbalan menteri, Datuk Wan Ahmad Farid.

Lebih mengejutkan, bekas MB Selangor, Mat Taib yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Australia pada tahun 1986 kerana membawa masuk wang sebanyak 9 juta tetapi dilepaskan begitu sahaja dilantik menjadi menteri penuh. Mana dia dapat duit sebanyak itu dan terbang ke Australia? Terpalit dengan rasuah, dibuang pada zaman Tun Dr. Mahathir tetapi diambil oleh Pak Lah. Dimana kredibiliti anda Pak Lah? BukanMat Taib seorang yang dilantik sebagai senator dan dibawa ke kabinet. Terdapat 5 orang lagi yang dilantik sebagai senator untuk menjadi menteri. Pak Lah, anda tidak mempunyai calon ke yang telah menang bertanding dalam pilihanaraya lalu. Anda ketandusan calon ke?

Terengganu, dimana negeri yang masih tidak menubuhkan kerajaan negeri setelah dua minggu berlalu. Maka, pabila pihak Istana mengumumkan bahawa mereka melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru, orang-orang UMNO yang kuat rasuah, kurang ajar menentang keputusan pihak Istana. Mereka ini mahukan Idris Jusoh menjadi MB. Disini diformulasikan bahawa bila UMNO kehilangan kuasa mereka merasakan mereka bijak. Tindakan ini amat biadap. Melayu UMNO tidak beradap, biadap, bacul pada Sultan yang mereka. Melayu UMNO telah memalukan melayu di mata bangsa lain terutamanya cina pada kes Lim Kit Siang tempoh hari. Cina dikatakan biadap, tetapi melayu biadap tidak dikatakan apa-apa.

Anda, melayu UMNO sememangnya biadap!

pemuda islam 2008

Kerajaan BN bersalah pecat Salleh Abas, mesti mohon maaf - Zaid Ibrahim

 Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Senator Dato' Zaid Ibrahim hari ini membuat kenyataan menggemparkan apabila meminta kerajaan Barisan Nasional memohon maaf kerana memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Zaid yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal kehakiman dan undang-undang mengakui, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuat kesalahan besar apabila memecat Tun Salleh Abbas daripada jawatan Ketua Hakim Negara.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan BN harus bertanggungjawab dan memohon maaf di atas kesilapan memecatTun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.

"ia merupakan kesalahan besar kira-kira 20 tahun lalu yang meninggalkan kesan sehingga hari ini," demikian menurut Zaid.

Beliau berkata, tindakan tersebut juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.

kelantankini.com

Rencana Penuh Agenda Ekonomi Malaysia

Wacana mengenai Dasar Ekonomi Baru perlu mengisi perbahasan mengenai Agenda Ekonomi Malaysia. Saya sertakan semula rencana tersebut dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tumpuan Kepada Pengukuhan Pakatan Barisan Rakyat

Ramai pengunjung mengeluh kerana saya terlambat memberikan respon atau mencatat pandangan.


Walaubagaimanapun, sekalung penghargaan atas setiap respon, komentar dan hujah-hujah yang saudara/i kemukakan melalui blog ini. Cuma kesuntukan masa menghambat saya untuk memberi jawapan balas.


Arakian sebaik selesai Pilihanraya Umum, kita terpaksa menumpukan perhatian memantapkan persefahaman antara ketiga-tiga parti, membentuk kerajaan negeri dan memastikan agar kerajaan melaksanakan janji kepada rakyat.

Selain itu saya dan rakan-rakan sibuk melayani kunjungan ahli Parlimen!


ANWAR IBRAHIM

edyesdotcom wrote :

Penyokong BR semua pasti yakin dengan kepimpinan DSAI dan dapat dibayangkan sebagaimana sibuknya pemimpin kita dalam menyatukan kesemua parti komponen BR. Dan Beliau juga sibuk melayani kunjungan sahabat lama dan baru dari Parlimen.

Dari P.Pinang ke Perak, dari Perak ke Selangor, pastinya DSAI bertungkuslumus untuk 'monitor' pergerakan dari membentuk kerajaan negeri hingga ke pembahagian exco dan hasilnya kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Rakyat kian bersatu teguh dan telah memulakan Agenda Ekonomi Malaysia.

Mereka tidak lagi menoleh ke belakang, mereka terus maju ke hadapan membawa harapan baru memperjuangkan rakyat dan membasmi kemiskinan tegar. saya yakin kerajaan BR tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRU12 yang lalu.

Dalam akhbar minggu lepas, telah kita saksikan kempen BN telahpun bermula. Sentimen2 perkauman juga telah tersebar di dada akhbar kononya DAP biadap, kononya kerajaan Perak dan Selangor bercelaru. Sedangkan hakikat yang berlaku ialah, kerajaan Perlis dan Terengganu lebih bertelagah dan mereka cuba mengalihkan perhatian.

Akhir kata, semoga arus perubahan ini berterusan hingga tumbangnya kerajaan bongkak yang tidak mahu menghidu nasib rakyat.

Sabtu, 22 Mac 2008

Ke arah Selangor yang "baru"



Dipetik dari Roslan SMS Corner

Saya percaya ramai yang sedang menunggu-nunggu pembentukan kerajaan baru Barisan Rakyat di negeri Selangor. Setelah MB barunya, Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah baru-baru ini, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor (EXCO) dijangka mengangkat sumpah pula di hadapan Tuanku Sultan Selangor Isnin ini.

Selangor menarik perhatian kerana politik berbilang kaum Malaysia benar-benar didicerminkan melalui negeri ini. Di Selangor nisbah pengundi Melayu dan bukan Melayunya hampir seimbang iaitu kira-kira 52% pengundi Melayu. Selama ini rakyat hanya mengenali kepimpinan berbilang kaum yang ditegakkan oleh BN (dahulunya Perikatan), dan kepimpinan itu telah mereka tolak di Selangor dalam pilihan raya baru-baru ini atas pelbagai alasan, lalu sudah pastilah mereka tidak sabar mahu melihat bagaimana pula rupa kepimpinan baru yang bakal dilahirkan oleh kerajaan baru Barisan Rakyat Selangor.

Dengan takdir Allah swt, parti-parti alternatif memenangi majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membentuk kerajaan yang baru. PKR 15, DAP 13 dan PAS 8 iaitu dengan 36 kerusi berbanding 20 kerusi BN (18 Umno dan 2 MCA).

Teraju kepimpinan Tanm Sri Khalid kiranya berupaya menyatukan ketiga-tga parti ini dalam muafakat politik yang meletakkan kepentingan dan nasib rakyat mengatasi kepentingan mana-mana satu parti, sudah pastilah akan terus-menerus dihormati dan diterima rakyat negeri ini. Tambah-tambah lagi kiranya pentadbiran kerajaan yang baru ini nanti benar-benar membela rakyat dan memberikan manfaat kepada mereka.

Di Selangorlah PKR, DAP dan PAS diuji sejauh mana mereka mampu bekerjasama demi kepentingan Raja, rakyat dan negeri. Kiranya mereka berjaya maka mereka nanti akan menjadi model kepada politik baru Malaysia yang bakal mewarnai kita untuk tahun-tahun mendatang. Saya menerima maklumat rintangan pertama iaitu membentuk sebuah kerajaan campuran yang boleh diterima ketiga-tiga pihak telah pun berjaya dilaksanakan.

Dalam kabinet negeri (EXCO) nanti dari 10 kerusi (tidak termasuk MB) PKR akan menerima 4 kerusi, DAP 3 dan PAS 3. Perwakilannya menurut kaum adalah 5 Melayu (2 dari PKR dan 3 PAS) serta 5 bukan Melayu (iaitu 2 dari PKR dan 3 DAP). Kehadiran MB memastikan yang kedudukan mukatamadnya adalah 6 Melayu/Islam dan 5 bukan Melayu/bukan Islam.
Pembentukan kerajaan baru ini menarik dan rintangan seterusnya adalah bagi mentadir negeri ini melalui permuafakatan ketiga-tiga parti. Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan lancar.

Gandingan Tan Sri Khalid, Dato Dr Hasan Ali, Theresa Kok dan Ronnie Liu nanti akan menjadi perhatian bukan hanya di Selangor malah seluruh Malaysia dan dunia.

Mudah-mudahan mereka terus dapat bekerja bersama dan menjayakan agenda perjuangan Barisan Rakyat dengan harapan mereka akan terus diterima rakyat dan kekal menerajui Selangor sampai bila-bila. Yang pentingnya semua pihak mesti bertolak-ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain. Hapuskan rasuah, nepotisma, kronisma dan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan. Ayuh rakyat Selangor sedang menantikan kepimpinan anda!

MB Terengganu: 23 boikot Ahmad Said?

a
sumber : malaysiakini.com

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh - mengesahkan spekulasi awal bahawa pengerusi BN itu tidak diperkenan pihak Istana.

Majlis angkat sumpah Ahmad dijadual diadakan di Istana Tamu, Kuala Terengganu pagi esok - dan kemungkinan menghadapi risiko diboikot.

Pengesahan Ahmad ini menamatkan suasana bingung dan tidak pasti akibat krisis pelantikan ketua kerajaan di negeri itu sejak dua minggu lalu selepas berakhir pilihanraya umum 8 Mac.

Semua 23 Adun BN, termasuk Idris, dilaporkan berhasrat memulaukan majlis angkat sumpah itu kerana bantahan tidak melantik semula Idris.

Pemulauan majlis itu, jika menjadi kenyataan, bagaimanapun akan menimbulkan krisis parah dalam Umno dan pentadbiran negeri.

Ahmad dikatakan satu-satunya wakil rakyat BN yang tidak menandatangani sokongan kepada Idris sewaktu 22 Adun parti itu bertemu Perdana Menteri hujung minggu lalu.

BN mengekalkan 24 daripada 32 kerusi DUN Terengganu pada 8 Mac lalu.

Nama Ahmad, yang juga ketua bahagian Umno Kemaman dan seorang exco paling berpengalaman, muncul selepas khabar bertiup kencang Idris mungkin ditamatkan perkhidmatannya akibat tidak mendapat perkenan pihak istana.

Selain Ahmad, Adun Ajil Datuk Rosol Wahid dan Adun Chukai, Datuk Mohd Awang Tera - kedua-duanya exco pada penggal lalu - sering disebut-sebut pengganti Idris.

Adun Chukai, Datuk Mohd Awang Tera, yang menyatakan pendiriannya dan Umno negeri untuk meneruskan khidmat Idris turut kelihatan dalam pertemuan dengan Abdullah.

Desas-desus tentang Idris, yang memegang jawatan itu pada 2004 susulan kejayaan BN merampas Terengganu daripada PAS, akan digantikan mulai berkembang selepas istiadat melafaz surat pengisytiharan pelantikannya di Istana Maziah pada 10 Mac ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Ketika ditemui wartawan sehari selepas itu, Idris jelas berasa tidak senang untuk mengulas isu pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar.

Idris, yang kelihatan terganggu apabila terus ditanya persoalan tersebut, terus menjawab "(awak) faham ke tak? Saya kata (pelantikan MB) itu atas istana (tentukan). Saya tidak perlu jawab soalan tersebut."

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu juga dilaporkan "kelihatan sugul" dan enggan mengulas lanjut.

Pada penggal lalu, Ahmad memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Memo untuk Datuk Ahamd Said - MB Terengganu

Dipetik dari Su-Kj

Kepada Datuk Ahmad Said

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Datuk kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

2. Saya kenal dan masih ingat Datuk. Mungkin 'pasti' Datuk tentunya tidak kenal dan ingat saya lagi. Kerana kita dipisahkan oleh masa dan kerjaya.

3. Cuba Datuk ingat kembali pada sekitar tahun 1980an, ketika itu Datuk bertugas sebagai Pen Pegawai Daerah Setiu, Terengganu. Pegawai Daerah ketika itu ialah Datuk Ku Azah iaitu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sebelum bersara dari perkhidmatan. Manakala Ketua Pen Peg Daerah pula ialah Tn. Hj Harun.

4. Cuba Datuk ingat semasa banjir besar melanda Daerah Setiu di mana ada seorang 'Army Officer' bersama 17 anggotanya telah dikerah membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir diseluruh Daerah Setiu. Jadi untuk maklumat Datuk sayalah 'Army Officer' tersebut.

5. Malah adakah Datuk masih ingat lagi bila suatu malam Datuk Ku Azah, seorang 'Army Officer' dan Datuk bersama beberapa Anggota tentera pergi mengangkat dan membawa keluar satu mayat yang tersangkut disebatang pokok kerana dibawa arus deras di Kpg. Guntung Luar, Setiu. Maka untuk maklumat Datuk sayalah 'Army Officer' tersebut.

6. Sebenarnya apa yang ingin saya terangkan di sini bukanlah berniat untuk menunjukkan siapa diri saya tetapi disebalik semua peristiwa itu ada satu peristiwa yang sukar untuk saya lupakan.

7. Adakah Datuk tahu semasa kami bertugas 24 jam tak tentu masa dalam keadaan sentiasa dibasahi hujan, kami Anggota tentera telah dilayan seperti bukan seorang manusia. Antara yang paling ketara sekali ialah berapa kali saya terpaksa merayu dan meminta belas kasihan hanya sekadar untuk mendapat 'sebungkus nasi' yang harganya sekitar rm1.50 sahaja pada ketika itu. Walaupun kami ada dibekalkan 'ration' tetapi adakah munasabah dan praktikal untuk kami memasak munggunakan lilin(cookers) dalam keadaan tugas kami yang tak tentu masa dan keadaan. Akhirnya atas sifat belas kasihan Datuk Ku Azah akhirnya kami diberi juga nasi bungkus yang berharga rm1.50 sebungkus untuk setiap seorang. Kami hanya diberi 2 bungkus satu hari untuk tengah hari dan petang. Sarapan pagi pula tidak diberi hanya minum air hujan.

8. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Datuk. Namun saya terkilan kerana Datuk Yusuf Noor Ahli Parlimen Setiu ketika itu sering kesitu tetapi sepatah perkataan pun tidak menegur dan memperdulikan kami. apatah lagi nak hulurkan sedikit bantuan makanan seperti yang saya nyatakan di atas. Maka di sinilah bermulanya tiktik permulaan 'Perasaan Marah' dan 'Hilang Kepercayaan' kepada Pemimpin Umno dalam hidup saya.

9. Akhir sekali saya mohon maaf sekiranya apa yang saya bangkitkan ini telah menyinggung perasaan Datuk dan Pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Saya harap yang lepas biarlah lepas semoga pengalaman lepas boleh menjadi pengajaran untuk kita bersama.

10. Selamat Berkhidmat. Sekian Terima kasih.

Sultan Terengganu Mesti Berdaulat dan tidak mengindahkan ugutan adun UMNO

Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah memilih Ahmad Said sebagai MB Terengganu baru. Rakyat terengganu berada di belakang Sultan kerana ia adalah selaras dengan undang undang Terengganu dan rakyat mengharap Ahmad Said dapat menjaga kepentingan Islam dan kepentingan rakyat Terengganu. SUDILAH KIRANYA Sultan Terengganu meneruskan upacara angkat sumpah walaupun di pulau oleh 23 ADUN UMNO keparat kerana tunduk kepada 23 adun tolol ini akan menghakis KEDAULATAN Sultan terengganu dan sultan Melayu.

Kita merasa malu dengan tindakan 23 adun UMNO yang ingin memulau majlis angkat sumpah MB baru saperti yang di lapor oleh utusan malaysia 22/03/2008 6:06pm tadi. Tindakan ini adalah derhaka kepada Sultan dan mencabar undang undang negeri terengganu.

Kami rakyat Terengganu merayu agar SUDILAH KIRANYA Sultan terengganu meneruskan upacara angkat sumpah MB esok kerana ia adalah kuasa prerogative Sultan Melayu Terengganu .Tunduk kepada penderhaka 23 orang ini akan menghakis kuasa raja melayu dan membenarkan lebih ramai manusia durjana berani melakukannya sekali lagi.Upacara perlantikan MB esok adalah pelaksanaan satu dari undang undang terengganu dan tidak hadir nya 23 orang umno yang tolol itu tidak akan menjejaskan majlis malah membuktikan bahawa udnang undang Terenganu lebih berkuasa dari 23 ADUN umno yang tolol itu.

Majlis angkat sumpah MB akan di susuli dengan majlis angkat sumpah exco pada hari yang lain dan tidak hadir nya 23 orang ini pada majlis pelantikan exco akan melayakkan orang lain dipilih menjadi exco mengikut pertimbangan MB baru Mohamad Said . Kuasa perundangan negeri Terengganu akan terus berjalan walau pun ada orang mahu mengagalkannya. Rakyat akan sentiasa bersama dengan sultan Terengganu walau apa pun terjadi dan kita rela bangkit menunjukkan kuasa rakyat kalau keadaan memerlukanya.

Untuk MB baru Ahmad Said , rakyat mengharap beliau membaiki segala kesilapan lama nya semasa bertugas dahulu atau semasa bermesyuarat di dalam Dewan undangan negeri. Sayiidina Omar pun berubah dan kita merasakan Mohamad Said Kijal pun boleh berubah dengan izin Allah. MB baru juga mesti setia kepada sultan terengganu bukan mengikuti perangai tolol 23 adun umno yang menderhaka.

Kita mengharapkanSUDILAH KIRANYA Sultan terenganu meneruskan pelaksanaan undang undang Terengganu dan melaksanakan kuasa kesultanan Melayunya tanpa di ugut atau digugat mana mana pihak yang tidak bertanggunjawab.

Rakyat Terengganu mendoakan agar Allah swt memberikan kemuliaan dan kesejahteraan kepada Sultan Terengganu yang di kasihi serta keluarga Tuanku dan kerabat di raja sekalian. Kepada Allah saja kita menaruh harapan dan mengharap pelindungan . Sesungguhnya Allah sebaik baik Pelindung dari mereka yang jahat dan fasik . ameen."

BN Makin Parah

Ahmad Said dilantik Menteri Besar Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Pelantikan beliau diumumkan melalui kenyataan akhbar oleh pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu petang ini.

23 ADUN BN mahu pulaukan majlis angkat sumpah

Kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar esok kerana membantah tindakan tidak melantik semula Datuk Seri Idris Jusoh.

BN PARAH DI TERENGGANU,
APA NAK JADI PADA BN,
ARAHAN RAJA HENDAK DISANGGAH,
MEMULAU PILIHAN RAJA,
HANCUR HARAPAN RAJA,
MELIHAT ADA RAKYAT MEMUNAH KEPUTUSAN,
APAKAH TIDAK SEDAR KEHANCURAN BAKAL TIBA,
APAKAH TIDAK TAHU BEZA MENTIMUN DAN DURIAN,
ANTARA RAJA DAN RAKYAT,
ANTARA PILIHAN DAN PAKSAAN,
APA NAK JADI,
MAKIN PARAH DAN MEMBARAH,
APAKAH BN TIDAK KENAL PADA KATA MELAYU?
TULAH RAJA AKIBATNYA BINASA!

Giliran PAS menerajui ummah



Agenda penyatuan Melayu Islam tiba-tiba menjadi topik hangat sejurus suara rakyat diterjemahkan melalui peti undi pada PRU ke 12 baru-baru ini. Beberapa pihak khasnya yang cenderung dan kuat menyokong Umno sebelum PRU lalu tiba-tiba terpanggil untuk memperjuangkan isu ini setelah ia lama terpendam dan dimatikan.

Mengapa baru kini ianya dibangkitkan?

Bagi mereka yang mudah emosional sehingga mengenepikan rasional, isu agenda penyatuan Melayu Islam menjadi kononnya mendesak kerana keputusan PRU ke 12 menunjukkan Pulau Pinang telah jatuh ketangan orang bukan Melayu, keadaannya juga cemas di Perak dan Selangor. Suara bukan Melayu semakin besar di Parlimen dan di Dewan-dewan Negeri. Kuasa politik Melayu semakin rapuh dan mengecil.

Maka kononnya atas alasan itu juga semua pihak yang ada unsur dan kepentingan Melayu sepatutnya bersatu dan menyatukan kuasa politik Melayu Islam dalam satu gagasan bagi menangani kemerosotan kuasa politik Melayu Islam itu.

Anehnya formula penyatuan itu berharap dan bertenggek di atas Umno, Umno lah nanti yang akan menerajui gagasan ini demi perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam yang konon-konnya semakin terhakis dan mahu pupus itu. Sedangkan realitinya yang terhakis dan semakin pupus itu bukannya kuasa politik Melayu Islam tetapi sesungguhnya kuasa politik Umno dan BN.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai berkata bahawa Umno sebenarnya telah hilang kredibilitinya untuk bercakap berkenaan Melayu dan Islam kerana mereka sesungguhnya selama ini telah mencemarkan imej Melayu dan Islam.

Semua pihak perlu akui bahawa kebangkitan rakyat pada PRU ke 12 lalu adalah berpunca pada ketidakpuasan hati mereka terhadap pentadbiran dan gaya kepimpinan Umno dan BN. Ringkasnya rakyat termasuk orang Melayu Islam telah menolak Umno BN khasnya di lima buah negeri dan dibeberapa kerusi di negeri-negeri yang lain.

Baru-baru ini saya berkesempatan hadir dalam satu majlis yang bertujuan membicarakan isu ini. Beberapa individu dan pimpinan NGO Melayu Islam termasuk yang cenderung kepada Umno telah mengunjungi Presiden PAS untuk membincangkan isu agenda penyatuan Melayu Islam. Di dalam majlis tersebut Presiden PAS telah menjelaskan bahawa PAS tidak pernah mengenepikan atau menutup pintu rundingan bagi penyatuan Melayu Islam. Masalahnya selama ini hanya PAS yang ikhlas dan jujur manakala pihak lain khasnya Umno semata-mata mementingkan survival dan kedudukan politik mereka.

Buktinya hanya kini setelah Umno hilang hampir 27% kerusinya di Parlimen, gagal menggugat Kelantan dan tersungkur jatuh di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor barulah pihak-pihak berkepentingan mahu mengusulkan isu ini sedangkan sebelumnya PAS tidak pernah dipedulikan malah dimusuhi dan ditentang habis-habisan.

Bagaimana Umno boleh prihatin dan cemberu pada isu perpaduan Melayu Islam sedangkan Umnolah juga yang menyerang kerajaan Melayu Islam PAS di Kelantan dan sebelumnya di Terengganu. Kerajaan PAS didiskriminasi dan dianak tiri seolah-olah pimpinannya musuh dan bukan sebangsa dan seagama seperti mereka. PAS dipandang serong, ulamak dan cerdik pandai PAS menjadi seolah warga kelas kedua. Masjid, surau dan madrasah ditutup buat pimpinan PAS yang layak dan berwibawa. Selain itu kakitangan kerajaan yang menyokong PAS diambil tindakan, ditukarkan, disekat kenaikan pangkatnya. Kontraktor dan pembekal PAS disenarai hitamkan, biasiswa dan pinjaman tidak diperuntukkan untuk anak-anak dan keluarga PAS.

Tiba-tiba hari ini pihak-pihak tertentu mahu mengajak PAS memikirkan agenda penyatuan Melayu Islam!

Sekarang ini rakyat telah bersuara. Umno sudah duduk dikerusi belakang. Sekarang ini adalah giliran PAS dan parti-parti rakannya yang lain. Berilah peluang dan kesempatan untuk PAS dan rakan-rakannya membuktikan kebolehan dan keupayaan mereka setelah Umno dan Bn gagal lebih 50 tahun.

Agenda penyatuan Melayu Islam penting demi survival ummah, tetapi ianya kini digelanggang PAS. PAS lah yang akan menerajui dan memimpinnya. Marilah jika kita benar-benar prihatin dan mengambil berat, sama-sama kita bekerja melalui PAS untuk memungkinkan orang-orang Melayu Islam dan seluruh rakyat Malaysia terpelihara dan selamat.

Anwar tegaskan 'beli orang' bukan tradisi KeADIlan, PAS dan DAP


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata emang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemuinya yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beliau menegaskan 'beli orang' seperti yang didakwa Umno/BN bukan tradisi parti pembangkang.

"Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita," katanya.

"Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Anwr juga berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Serian, Dato' Richard Riot Anaj Jaem selepas parti itu mendapat surat rasmi mengenainya.

Beliau berkata demikian dalam satu laporan akhbar versi internet (klpost) ketika ditanya mengenai berita mengenai Richard Riot yang dikatakan telah menyertai KeADILan.

Mengulas mengenai laporan bahawa KeADILan sedang melobi anggota Parlimen BN menyertai pakatan KeADILan, PAS dan DAP, beliau mendakwa ramai anggota parlimen BN telah menyatakan hasrat menyertainya tetapi pihaknya tidak mahu terburu-buru.

Beliau mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot bakal menjadi ahli parlimen Pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan KeADILan, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

Sebelum itu, Anwar berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan KeADILan memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.

"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak.

Beliau berkata kepimpinan tiga parti itu memberi jaminan kepada para pelabur asing dan tempatan akan mewujudkan iklim pelaburan tersebut dalam usaha mereka memberi tumpuan utama menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri.

Anwar berkata beliau akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik mereka melabur di negeri-negeri terbabit.

Beliau berkata lima kerajaan negeri itu perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kerana jika perkara itu gagal dilaksanakan, kerajaan negeri terbabit tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti dijanjikan dalam pilihan raya.

Abdullah yang makin hilang populariti, Khairy yang makin menyepi


Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bertanding di Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin menegaskan golongan muda negara ini tidak meletakkan sebarang harapan untuk kabinet yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini kerana baginya, kabinet ini masih penuh dengan pemimpin rasuah dan rosak.

"Pengumuman kabinet ini juga telah telah membuktikan Abdullah makin hilang populariti dan makin lemah dalam kerajaan apabila dua timbalan menteri mengumumkan penolakan sebaik sahaja diumumkan lantikan," ujar Badrul Hisham.

Beliau berkata demikian dalam satu ulasannya terhadap peletakan jawatan dua timbalan menteri sejurus selepas pengumuman barisan kabinet baru Perdana Menteri baru-baru ini.

Abdullah panik

Keadaan lebih parah apabila Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri MOhd Radzi Sheikh Ahmad sendiri meletakkan jawatan dengan di ikuti perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Khir Toyo di Selangor, katanya.

Pengumuman kebinet penuh dengan kontroversi dan protes, sementara ketidakhadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam kabinet boleh dianggap kejayaan peribadi Badrul Hisham dan jentera rakyat dalam menyekat sedikit kegilaan kuasa menantu PM ini, katanya.

Namun bagaimanapun ini bukan tanda Khairy sudah berjaya disekat sepenuhnya, katanya.

Sementara itu Badrul Hisham juga melihat Abdullah jelas panik dengan usaha 50 orang 'orang kuat wanita' yang berhimpun di rumahnya yang memprotes tindakan tidak melantik Dato' Seri Rafidah Aziz dalam kabinet.

Sebagai bukti Abdullah lewat petang selepas pengumuman kabinet telah melantik Timbalan Ketua Wanita Umno, Sharizat Jalil yang kalah di Lembah Pantai sebagai penasihat khas Perdana Menteri bertaraf Menteri (gaji dan elaun sama dengan menteri), katanya.

"Sharizat memikul tugas mengepung sokongan wanita kepada PM, ada yang mengatakan PM berharap Rafidah kecewa dan kemudian meletakkan jawatan.

Abdullah hadapi masa sukar

"Namun nampaknya Abdullah akan menghadapi masa sukar apabila Rafidah memilih kekal sebagai Ketua Wanita dan membuat kerja protes dari dalaman parti.

"Begitu juga PM kecewa apabila tindakan disiplin terhadap Mukhriz yang mendesak beliau meletakkan jawatan langsung tidak dibincang dalam Mesyuarat Pemuda Umno Pusat.

"Sebaliknya ada beberapa peringkat pemuda seperti Pemuda Umno Johor yang mula menyatakan persetujuan terbuka terhadap surat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku li) mendesak Mesyuarat Agong Khas Umno," ujar Badrul Hisham.

Perletakan jawatan Khir yang mengatakan beliau bertanggungjawab penuh terhadap pencapaian Umno/BN adalah isyarat berat buat Abdullah dan keluarganya, kata Badrul Hisham.

Kebencian terhadap Abdullah dan anak menantu

Sebenarnya selain angin perubahan dan populariti Penasihat KeADILan, Anwar Ibrahim antara punca besar kekalahan BN ialah kerana kebencian dan penolakan rakyat kepada Abdullah yang lemah dan menantu serta anak yang tamak, katanya.

"Abdullah juga perlu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang terjadi !!

"Mengenai kumpulan-kumpulan yang bangkit kononya pro kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) saya menyeru semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor menghormati hak kumpulan ini menyatakan pendapat.

Namun ugutan menggunakan ISA oleh Ketua Polis Pulau Pinang perlu difikirkan semula dan tidak wajar, katanya.

Monyet dan beruk

"Cuma saya mempelawa pihak-pihak tersebut (yang pro-DEB) berdebat secara ilmiah dengan mengambil kira realiti dalam perkara ini. Perdebatan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat adalah budaya demokrasi matang dan maju," ujarnya.

Kata Badrul Hisham, ketika beliau turun ke jalan raya budaya perdebatan dan media jelas terpenjara.

"Adakah menantu PM sudah menarik semula tuduhan atau gelaran kepada mereka yang melakukan protes jalan raya sebagai monyet dan beruk?

"Jika belum sewajarnya kumpulan ini pergi dahulu meminta menantu PM menarik tuduhan itu," katanya.

Tegas Badrul Hisham kumpulan-kumpulan yang mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang perlu memberanikan diri bertanyakan bagaimana menantu Perdana Menteri menggunakan nama Melayu dalam parti Melayu melakukan perkara berikut :

1) Mendapat RM9.2 juta membeli ECM libra dan dalam tempoh dua bulan mertuanya menjadi PM memaksa ECM Libra bergabung dengan Avenue Capital sebuah syarikat negara yang menguruskan berbilion aset negara, dan kemudian setelah perkara ini terbongkar menjualkan peganganya dalam Ecm Libra.Jika perkara ini sah kenapa perlu dijual dan kepada siapa ia dijual?
2) Penglibatan Khairy dalam menjual Pantai Holding kepada Singapura dan kemudian kerajaan terpaksa membazirkan wang berlipat kali ganda membeli syarikat ini semula?
3) Isu kedaulatan Selatan Johor yang tergadai atas nama WPI yang menjemput Singapura mentadbir wilayah Malaysia
4) Penjelasan mengenai kontrak dan tender kerajaan yang dimiliki Scomi (milik Kamaluddin Abdullah).
5) Skandal 'oil for food' (Iraq) mana keluarganya mendapat keuntungan atas nama negara dan kenapa BSA Tahir, rakan perniagaan KamaLudin Abdullah ditahan ISA.

Jangan duduk bawah ketiak bapa mertua

Justeru beliau mencabar menantu PM yang cuba menjadi juara Melayu dan DEB untuk berdebat di mana-mana pentas terbuka selepas takut untuk hadir di pentas yang disediakan oleh keADILan semasa PRU-12 di Rembau.

"Menantu perlu berani keluar 'bertempur' secara jantan bukan setakat berkokok dibawah lindungan ketiak bapa mertua," tegasnya sinis.

Pelantikan Exco Selangor catat sejarah

aAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang akan mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Isnin ini, dijangka dibarisi lima anggota bukan Melayu.

Barisan Exco kali ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila empat daripada 10 mereka adalah wanita iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta masing-masing seorang daripada DAP dan Pas.


Ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), enam daripada 10 Exco adalah Melayu dan hanya dua Exco wanita.

Dua Exco wanita daripada PKR itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Rodziah Ismail (Batu Tiga), manakala dua lagi wakil PKR ialah Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik).

DAP pula meletakkan Teresa Kok (Kinrara), Ronie Liu (Pandamaran) dan Au Yong (Seri Kembangan) manakala Pas mengemukakan Datuk Dr Hassan Ali (Gombak Setia), Dr Halimah Ali (Selat Klang) serta Iskandar Abdul Samad (Cempaka).

Semua mereka dilihat hadir pada raptai penuh majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah di sini, semalam.

Kerja Orang Politik Selepas Pasca PRU-12


Khir Toyo bukak kedai hasil duit yg didapati semasa menjadi MB dahulu.
Tempe Toyo Restaurant namanya.




Antara menu yg disediakan


Khir Toyo selepas menjadi MB. Apply kerja di Majlis Perbandaran Hulu Selangor. kelihatan amat gembira bila diberi kerja2 menyapu sampah. Mungkin dia perlu apply kat pejabat MB Tan Sri Khalid.


Kak Shahrizat Jalil mintak kerja kat DBKL dan diluluskan oleh Zulhasnan Rafique demi menyelamatkan Shahrizat daripada menanggur. Namun belum sempat kerja sebulan, Dollah sudah bagi tempat istimewa sebagai penasihat bertara 'menteri'. sian Ng Yen2.


Mahadzir Khalid kelihatan sedang menjala ikan di Sungai Kuala Kedah.

Jumaat, 21 Mac 2008

Berapa Harga Kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar?

MSO

MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.
Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.
Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?
Kotor dan cemar.
Riwayat dan latar belakang Muhammad Taib sungguh kotor dan cemar. Kekalahan dan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno juga ada sangkut paut dengan peristiwa berkenaan. Begitu juga rasa hormat Dr Mahathir kepada Muhammad Taib berpunca daripada kejadian itu di mana menyebabkan jawatan Muhammad Taib digantung kemudian jawatan MB Selangor dipecat.

Diri dan rupa Muhammad Taib sungguh comot. Tidak siapa boleh memikirkan beliau boleh kembali semula dalam kloni Umno. Mungkin kalau selagi Dr Mahathir menjadi presiden Umno Muhammad tidak akan dapat merangkak ke dalam Umno. Muhamamd adalah barang terbuang di zaman Dr Mahathir yang dipunggut semula dizaman Abdullah.

Beliau hanya berjaya memulihkan diri dan kembali ke dalam inner cirle Umno apabila Abdullah jadi presiden dan perdana menteri. Sikap Abdullah ini sungguh menghairankan. Apakah kerana beliau (Abdullah) terdesak untuk membentengkan kedudukannya maka orang seperti Muhammad Taib itu pun diguna pakai? Kalau pun terdesak masakan najis pun sanggup diletakkan di atas sejadah!

Dalam pada itu ada juga orang mengira penerimaan Muhammad itu kerana ketulusan dan baik budi Abdullah Badawi. Kononnya Abdullah seorang pemaaf dan baik hati sesuai dengan latar belakang dirinya sebagai berketurunan ulama.

Benarkah begitu? Sebenarnya tidak semudah itu orang yang bercepuah dengan dosa untuk kembali semula dalam sesebuah perjuangan sesuci Umno! Tidak tahulah kalau Umno dapat menerima orang yang kotor di sebabkan wadah itu sendiri kotor dan berbau. Kebusukan Umno kini bukan saja nilai demokratik dalam parti itu susut tetapi ia diburukan lagi oleh watak-watak antogis yang liar dan rendah moral yang berlambak di dalamnya.
Jawatan dibeli
Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.

Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.

Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dan membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.

Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk jadi PM sediakan wang sebanyak mungkin. Air liur dan idealisme sudah tidak laku lagi dalam Umno hari ini. Dan kalau kedekut dan bakhil untuk mengeluarkan wang jangan mimpi usahkan hendak menduduki jawatan itu hendak mendapat pencalonan pun sukar!

Benarkah Sudah Berakhir Riwayat Politik Khairy?


Sudah pun dikemukakan petanda kekalnya pengaruh Khairy dari analisa Pak Lah akan sebab kekalahan BN. Pak Lah memberi gambaran ini kerana golongan muda Melayu menolak DEB/DPB, apabila sebenarnya Khairy dan pemesong DEB/DPB lain yang ditolak; lagi pun sudah lama disyaki Khairylah hipokrit pembenci serta musuh dalam selimut DEB/DPB. Di sini ingin diajukan sedikit 'bukti' kekalnya Khairy sebagai pengemudi pentadbiran Pak Lah berdasarkan susunan kabinet.


Melihat prestasi buruk BN pada PRU-12 dan berdasarkan desakan lantang menggesa perletakan jawatan beliau, Pak Lah beraksi dengan begitu licik sekali. Sudah kembali ahli politik yang berjaya hidup begitu lama dalam UMNO walaupun dikelilingi musuh yang berkuku-taring lebih tajam. Malang sekali yang kepintaran tersebut agak kurang dalam menangani pentadbiran negara, mahupun menguruskan pilihanraya umum, tetapi di dalam UMNO, Pak Lah tetap gagah.

Setelah menerima maklumat jelas bahawa perlindungan dan kuasa tidak rasmi yang dikurniakan beliau kepada Khairy merupakan antara tunas kekalahan BN, Pak Lah mengambil kesempatan terdekat untuk:

  1. Mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet.
  2. Membenarkan propaganda menular yang nyawa politik Khairy sudah hampir hilang di media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider.
  3. Membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Mukhriz Mahathir tidak dikenakan hukuman disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan Pak Lah sendiri.

Ini menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya sekarang. Tambah pula:

  1. Menteri yang kurang popular seperti Rafidah Aziz dan Radzi Sheikh Ahmad digugurkan.
  2. General-general setia Pak Lah seperti Noh Omar diberi pangkat menteri sebagai persediaan perhimpunan agung UMNO.
  3. Panglima-panglima pemimpin lain seperti Shabery Cheek diberikan kedudukan menteri dalam usaha menarik sokongan mereka.
  4. Panglima-panglima yang sudah pasti tidak akan dapat ditarik kesetiaan kepada Pak Lah, seperti Tengku Adnan dan Jamaluddin Jarjis telah digugurkan, walaupun prestasi mereka yang lepas boleh tahan juga.
  5. Pemimpin UMNO yang sering lantang mengkritik dari luar seperti Shahrir Samad dan Zaid Ibrahim pula cuba didiamkan dengan kedudukan baru.
  6. Dibawa masuk juga sepahi upahan Muhamad Muhamad Taib sebagai menteri yang terjamin setia kerana kembalinya ke tampuk kuasa atas jasa Pak Lah.

Pemilihan kabinet Pak Lah tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO. Namun, Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali. Contohnya:

  1. Wan Ahmad Farid, teman setia Khairy yang melicinkan pengagihan projek di Terengganu suatu masa dahulu kini dilantik menjadi Timbalan Menteri.
  2. Azalina, rakan sejawat Khairy semasa beliau menjadi pengacara TV dahulu, menonjol sebagai satu-satunya wakil Wanita UMNO di kabinet. Adakah ini petanda beliau bakal merampas kuasa kepimpinan wanita kelak? Khairy masih terhutang budi kepada Azalina yang lebih berhak menjadi wakil rakyat di Rembau, kampung asal-usul bapanya.

Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat kekal walaupun hanya ala-kadar. Mungkin perlantikan pada peringkat agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau diketepikan dari kabinet.

Rupanya bukan setakat bahu Michelle Yeoh, tapi ...

Habis madu sepah dibuang

Kita harus belajar dari kisah Rafidah. Dahulu beliau umpama hulubalang wanita kepada Abdullah Badawi. Sehinggakan beliau sanggup melawan bos lamanya, Dr. Mahathir Mohammad satu ketika dulu untuk mempertahankan Pak Lah, anak dan menantu.

Selepas keputusan PRU 12 yang lalu, Rafidah Aziz sewaktu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno dengan tegas menyatakan bahawa menantu Perdana Menteri adalah punca utama Barisan Nasional kalah teruk.

Oleh kerana itu sahaja, Rafidah telah digugurkan dari jawatan kabinet. Lihat betapa besarnya kuasa menantu Pak Lah di Malaysia. Tanpa memegang apa-apa jawatan pun dia boleh menentukan segala keputusan Pak Lah.

Penafian Pak Lah bahawa Khairy tidak mempengaruhinya adalah penipuan semata-mata. Kita tidak akan lupa bagaimana Pak Lah menafikan tentang tarikh pembubaran parlimen dan tidak sampai 24 jam parlimen dibubarkan.

Begitu juga dengan penafian PM tentang adanya gerakan untuk menjatuhkannya. Sudah pasti gerakan itu semakin berkembang.

Penentang-penentang Pak Lah didalam Umno semakin ramai. Mukhriz,Ku Li,Rafidah,Khir Toyo dan ramai lagi sedang menyusun gerakan. Najib mungkin sudah mula main belakang. Pemilihan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno membuktikan bahawa Kes Pita Lingam hanya akan tinggal kenangan.

Menantu PM cuba menyelamatkan bapa mertuanya dikalangan orang Melayu dengan menaja demonstrasi pro DEB dibeberapa tempat. Yang hadir dalam demonstrasi tersebut mungkin terlupa bahawa DEB telah dimansuhkan oleh Pak Lah dan menantu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

10 dalil mengapa Idris Jusoh tidak wajar direstui jadi MB

Dipetik dari Mat Zain Mat Isa

aKenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, mengenai kedudukan dan peranan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu bagaikan menjawab teka-teki mengenainya yang kini bersarang di benak rakyat negara ini.

Dalam kenyataan disiarkan kebanyakan media semalam (Rabu, 19 Mac), Abdul Gani menjelaskan Tuanku Mizan yang juga Sultan Terengganu tidak mempunyai apa-apa peranan mengikut undang-undang dalam pelantikan itu.

Menurutnya, urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya kepada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

"Yang diPertuan Agong menyedari sepenuhnya mengenai peruntukan itu dan Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar," akhbar melaporkan kenyataan Abdul Gani.

Penjelasan Abdul Gani adalah ekoran spekulasi yang bertiup kencang mengenai kedudukan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar yang tidak disenangi pihak istana.

"Mengikut Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali sebagai Ketua Agama Islam," jelas Abdul Gani lagi.

Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu kini sudah masuk hari ke 12. Tidak dapat dipastikan bilakah ianya bakal berakhir, selagi punca atau sebab-musabab kepada kemelut itu tidak dileraikan.

Ekoran keadaan tidak menyenangkan itu, timbul berbagai tanggapan dan spekulasi mengenai hubungan Idris dengan pihak istana. Meski pun perkara itu sukar dipastikan, kenyataan Abdul Gani tadi bagaikan mengesahkan perkara itu.

aJika tidak demikian, apa perlunya seorang Peguam Negara membuat penjelasan mengenai peranan dan kedudukan Yang diPertuan Agong dalam pelantikan seorang Menteri Besar di negeri Baginda?

Bahkan, kenyataan Abdul Gani yang menyebut, "Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar" seolah-olah meletakkan batas sempadan kuasa terhadap Baginda dalam perkara ini.

Ekoran penjelasan Abdul Gani itu, yang turut menjelaskan spekulasi selama ini, berbagai pihak mahu tahu lebih mendalam apa sebenarnya yang telah dilakukan Idris sepanjang sepenggal menjadi Menteri Besar sebelum ini sehingga menyebabkan pihak istana dikatakan tersangat tidak senang dengan beliau.

Berdasarkan tinjau pendapat dan maklumbalas yang dikumpul daripada beberapa rakan di Terengganu, beserta beberapa maklumat yang telah sedia diketahui, berikut disenaraikan beberapa kemungkinan yang barangkali menjadi sebab-musabab kepada keadaan tersebut. Ia tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan sandaran hujah.

Pertama, Idris telah membuktikan dirinya sebagai pemecah-belah rakyat Terengganu. Kehidupan rakyat diporak-perandakan hingga ke akar umbi. Rakyat dipisahkan secara nyata menerusi garisan politik.

Pilih kasih dan penindasan berlaku, terutama kepada golongan penyokong pembangkang dalam hampir setiap aspek kehidupan. Tiada lagi kehidupan harmoni, saling sayang-menyayang atau berbaik sangka, terutama apabila dikaitkan dengan kecenderungan politik masing-masing.

Permusuhan tidak terbatas kepada parti berlawanan saja, malah Idris turut menyemarakkan perpecahan di kalangan para pemimpin dan ahli partinya sendiri. Pertelagahan kepimpinan di antara puak-puak bersengketa di Terengganu bukan saja gagal diselesaikan Idris, malah semakin diparahkannya.

Idris secara terang-terangan mencantas musuh-musuh politiknya, atau sesiapa saja yang dilihat boleh menggugat kedudukan politik anak-anak buahnya. Permusuhan makin membarah di dalam batang tubuh Umno sendiri.

"Sebagai payung tempat rakyat bernaung, apakah Tuanku Sultan akan selesa apabila rakyat Baginda hidup berpuak-puak dan bermusuhan? Siapa lagi paling bertanggungjawab menyuburkan perpecahan itu, jika tidak Idris?", tanya seorang rakan di Batu Enam, Kuala Terengganu.

Kedua, pemerintahan Idris dipenuhi aksi-aksi zalim dan rakus terhadap rakyat. Perkara ini telah penulis sebut dua hari lalu, tapi perlu diulangsebut semula. Idris merampas tanah dianugerahkan kerajaan PAS kepada rakyat, merobohkan rumah-rumah yang sedang mereka dirikan. Tidak sedikit air mata rakyat tumpah kerana kezaliman itu.

Paling melukakan hati umat Islam ialah apabila Idris tergamak merobohkan sebuah masjid di Bujal, Kemaman. Serakah politik beliau telah menutup sebarang penyelesaian lebih rasional, walau pun melibatkan tempat suci agama itu.

Amaran Allah dalam al-Quran bab zalim ni sangat keras. Jangan dikatakan untuk menzalimi orang, untuk berbaik-baik dan menyokong orang yang zalim saja pun dah layak disentuh api neraka,� ulas seorang ustaz di Besut pula.

Baginya, tidak mustahil maksud ayat al-Quran ini dihayati Tuanku Sultan sehingga menyebabkan Baginda tidak merestui Idris meneruskan kuasanya di Terengganu. Baginda mungkin tidak rela dipertanggungjawabkan di sisi Allah kerana memberikan kuasa kepada seorang yang zalim.

Ketiga, pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Idris macam kumpulan mafia atau samseng. Kongkongan dan pengawasan terlalu ketat terhadap pegawai dan kakitangan awam.

"Berbagai peraturan dan intipan dikenakan ke atas kakitangan. Mereka sangat tertekan dan jiwa terkongkong. Berkhidmat dalam keadaan sentiasa bimbang disalaherti atau dipandang serong oleh kerajaan", ulas Amdang, seorang penulis blog dari Setiu.

Para pengintip ada di mana-mana. Rakyat tidak berani membuka mulut mengenai rasa tidka puas hati mereka terhadap kerajaan.

Dalam keadaan lain, orang-orang politik sangat berkuasa. Jangan dikatakan wakil rakyat, seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hanya lulus SRP pun berani menepuk meja dan mengherdik pegawai tinggi kerajaan yang tidak sedia mengikut kehendak mereka.

"Pegawai kerajaan dibuat macam kuli batak, kena ikut telunjuk puak-puak samseng ni," kata seorang kakitangan kerajaan di Kuala Terengganu.

Keempat, Idris seorang pemimpin yang boros. Dia akan buat apa juga projek yang terlintas di fikirannya, tanpa mengira berapa kosnya. Dia seolah-olah tidak pernah fikir tentang bagaimana mendapatkan wang. Yang dia tahu hanya bagaimana membelanjakannya.

Jaminan kerajaan Pusat menghulurkan bantuan kepada Terengganu ditumpukannya kepada projek-projek mega dan mewah. Berbilion ringgit duit negara dihabiskannya atas projek besar yang hanya sedikit memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat tempatan.

"RM300 juta di Pulau Duyong, RM270 juta di Pulau Wan Man, ratusan juta lagi di stadium, apa rakyat Terengganu dapat?," tanya seorang rakan, anak jati Pulau Duyong.

Bagi beliau, projek-projek besar itu lebih menjurus kepada pembaziran. Sedangkan, kata beliau, orang yang suka membazir disifatkan Allah di dalam al-Quran sebagai "kawan syaitan".

"Layakkah 'kawan syaitan' dipilih Tuanku Sultan menjadi pemimpin rakyat Baginda?", tanyanya lagi.

Kelima, Idris seorang pemimpin yang tamak dan terlalu gelojoh. Dia suka membolot segala peluang, terutama dalam menghabiskan peruntukan di bawah Wang Ehsan diberikan kerajaan Pusat.

Pihak paling beruntung dalam hal ini ialah kroni Idris. Sama ada kroni itu dari luar atau dari daerahnya Besut, pokoknya para kontraktor dan usahawan lain di Terengganu sendiri sekadar berputih mata.

Bayangkan sebesar projek di dua pulau (Pulau Duyong dan Pulau Wan Man), apa yang kontraktor Terengganu dapat? Bayangkan pula projek di Kemaman pun dibolot kontraktor dari Besut juga!

Keenam, Idris gagal menghormati dan menjaga kemuliaan Institusi Raja. Maaf cakap, dalam hal ini sesiapa pun yang mengenali Idris dan biasa bersamanya dalam mana-mana majlis rasmi pasti akan mengakui Idris memang jenis yang tidak menghiraukan protokol.

Sebuah siaran yang disebarluas di Terengganu dua minggu lalu memetik kata seorang yang dikatakan sering mengiringi Tuanku Sultan dalam majlis-majlis bersama Idris. Beliau terkejut mendengar cara Idris berbahasa dengan Tuanku Sultan.

"Saya pelik dan terkejut apabila mendengar Dato' Idris menggunakan bahasa "I" "You" apabila bercakap dengan Tuanku.... saya tak pernah dengar cara perbualan seperti itu. Malah Dato' Seri Haji Hadi yang warak dan disanjung-sanjung sebagai Tuan Guru serta dihormati oleh Tuanku pun membahasakan dirinya "patik" dan membahasakan Tuanku Sultan sebagai "Tuanku�. Ini Dato' Idris bercakap dengan Tuanku "I" "You", "I" "You"... Ini sungguh biadap," siaran itu memetik kata orang tersebut.

Idris juga mencemarkan kemuliaan istana apabila sewenang-wenangnya menggunakan Logo DiRaja Tangkai Padi pada logo baru Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Dikatakan perbuatan biadap itu mendapat teguran Tuanku Sultan.

Tangkai Padi dianggap personal emblem (lambang peribadi) DiRaja dan bukan boleh digunapakai sewenangnya. MBKT akhirnya menukarkan Tangkai Padi itu dengan Bunga Tulip pada logo barunya.

Ada juga maklumat menyebut Tuanku Sultan makin jauh hati dengan Idris apabila hanya diundang merasmikan Masjid Kristal yang menjadi sebahagian Taman Tamadun Islam (TTI). Sedangkan TTI itu sendiri dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi. Nampak sangat Idris ni tak tahu protokol, bukan?

Ketujuh, Idris sangat suka bercakap bohong. Didakwanya Terengganu juara UPSR tujuh tahun berturut-turut, sedangkan semua orang tahu fakta itu tidak betul.

Idris mendakwa sejak BN perintah, rakyat Terengganu hidup senang-lenang. Sedangkan ada rakyat yang sangat merempat, hidup dengan mencari rezeki di pusat pelupusan sampah, hidup dengan memakan ubi rebus, lempeng dan biskut. Ada rakyat menjadi pengemis di tangga tokong Cina.

Banyak lagi fakta bohong disebut Idris. Paling melukakan rakyat ialah apabila Idris tergamak berbohong kepada Tuanku Sultan mengenai budak-budak enam tahun khatam al-Quran. Lebih 2,000 orang didakwa dah khatam. Tuanku Sultan dipaksa percaya fakta itu dan diminta menyempurnakan majlis khatam itu, sedangkan Idris tipu hidup-hidup. Mana ada sampai 2,000 budak tu yang khatam?

Kelapan, pemerintahan Idris banyak membawa dan menyuburkan maksiat di bumi Terengganu. Konsert artis, pertandingan karaoke, pertumbuhan pub dan diskodut sangat rancak sejak BN memerintah.

Pembangunan Pulau Duyong juga membawa sama pesta maksiat ke bumi Tok Sheikh Duyong, seorang ulama tersohor di Nusantara zaman dulu.

Kesuburan maksiat sekaligus menghilangkan keberkatan hidup yang sangat didambakan rakyat dewasa ini.

Kesembilan, Idris mengabaikan kedaulatan agama. Masjid tandus, selain dipecah-belahkan atas sentimen politik. Elaun penceramah agama tidak diambil berat sehingga ada penceramah mogok dan tidak datang bertugas apabila elaun mereka dilewatkan.

Teguran ikhlas Tuanku Sultan mengenai kekurangan imam dan bilal di seluruh negeri gagal diselesaikan pentadbiran Idris. Mungkin Idris sengaja tidak mengendahkan teguran Baginda. Idris mungkin meluat apabila Baginda dalam membuat teguran itu turut menasihati kerajaan Idris mencontohi apa yang pernah dibuat kerajaan PAS dalam melahirkan tenaga imam dan bilal pelapis.

Jika pun atas sebab-musabab lain, Peguam Negara kata Tuanku Sultan tiada hak mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar, sebagai Ketua Agama Islam, Baginda boleh berhujah bahawa Baginda hilang kepercayaan Idris dapat menjamin kedudukan dan kedaulatan agama di negeri Baginda.

Kesepuluh, ada puluhan sebab-musabab lain yang masih boleh disenaraikan sebagai kemungkinan kepada kemelut Idris-Istana ini. Penulis pulangkan perbincangan lanjut itu kepada semua pembaca.

Seperti yang disebutkan, apa yang disenaraikan tadi tidak semestinya betul seratus-peratus, tetapi tidak juga wajar ditolak atau diabaikan sepenuhnya.



Ahli Parlimen Mas Gading pulak keluar BN?


SELEPAS tersebar berita ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama.

Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.


Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau bakal meninggalkan BN.

Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004.

Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu.

Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu.

Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara.

Umno patut buat demonstrasi lebih kerap! - Abang Mat


umno-demo1.jpg

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menggesa Umno mengadakan demonstrasi yang lebih besar dan lebih kerap.

“Buat besar lagi. Buat hari-hari. Lagi besar dan lagi kerap kamu buat, lagi benci rakyat kepada kamu. Senang sikit kerja kami. Tak perlu nak susah-susah ceramah sana-sini beritahu kepada rakyat siapa sebenarnya Umno,” kata beliau.

Menurut Mohamad Sabu, berikutan sikap polis yang “memberikan layanan terbaik” kepada demonstrasi-demonstrasi Umno itu, beliau menerima banyak aduan termasuk dari rakyat biasa yang bertambah benci kepada kedua-dua pihak.

“Kalau kita nak buat perhimpunan aman, belum berhimpun dah kena tangkap. Tak jadi berhimpun pun kena tangkap. Tak berhimpun dan hanya bercakap kepada akhbar pun kena tangkap juga,” katanya sambil mengaitkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang yang menyertai sidang akhbar di Parlimen sebelum ini.

umno-demo.jpg

“Kalau Umno buat, bukan sahaja polis tidak tangkap, malah memberikan layanan terbaik. Polis mengkastakan rakyat?

“Sikap polis terhadap Umno itu akan menambahkan lagi undi kita dalam pilihan raya akan datang, insya Allah,” katanya.

Rakyat benci

Sebelum ini, katanya, rakyat bertindak mengundi pembangkang kerana pelbagai sebab.

“Ada yang undi pembangkang kerana benci kepada (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), ada yang benci sangat kepada (menantu Abdullah) Khairy (Jamaluddin), ada yang memang benci kepada Umno dan BN (Barisan Nasional), ada yang meluat sangat kepada (Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul) Rashid (Abdul Rahman) dan ramai yang benci polis,” katanya.

Sebab itulah, katanya, demonstrasi-demonstrasi yang dibuat oleh Umno dan “pak lawak-pak lawak” parti tidak sepatutnya dikecam dan dilarang.

“Biar mereka buat banyak-banyak, hari-hari. Umno ada demokrasi, kan? Kita tak ada. Lagi pun, orang-orang Umno di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tak ada kerja sekarang. Buat demonstrasilah, nak buat apa lagi?

“Nak bela raja-raja Melayu konon, dulu siapa yang buat perhimpunan di seluruh negara hentam raja-raja Melayu? Hari ini, akhbar-akhbar Umno yang dahulunya menghentam dan menghina raja-raja Melayu berlagak sebagai pembela raja-raja Melayu kononnya.

Bunuh DEB di WPI

“Bila Abdullah bunuh DEB (Dasar Ekonomi Baru) di WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar), mana muka-muka itu? Mana Melayu-Melayu itu? Kenapa tak demonstrasi masa itu? Rakyat sudah lama kenal siapa pembohong,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kerajaan Abdullah akan mengambil kesempatan dari demonstrasi-demonstrasi itu untuk menangkap pembangkang.

“Tahun 1987, Umno yang buat perhimpunan, kami (pembangkang) yang kena tangkap (dalam Operasi Lallang)”.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Md Ramli pula berkata, rakyat akan melihat sendiri adakah polis akan bertindak adil.

“Kalau dengan pembangkang, dibelasah habis-habisan dengan cota, tembakan dan semburan asid. Belum berhimpun kena tangkap, tidak berhimpun pun kena tangkap. Kita nak tengok (apa tindakan polis terhadap demonstrasi-demonstrasi Umno),” kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu yang tergesa-gesa untuk menghadiri program bersama rakyat di kawasan yang diwakilinya ketika dihubungi. - Harakahdaily

Dakwaan beli wakil rakyat: lapor polis jika benar - Lim Guan Eng

 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat laporan polis jika mempunyai bukti bahawa parti Barisan Alternatif ‘membeli’ anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata perkara sedemikian harus dilaporkan kepada polis kerana ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dianggap sebagai amalan rasuah.

“Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini.



Lim berkata demikian ekoran dakwaan beberapa pemimpin Umno kononnya pakatan BA sedang giat menjalankan usaha ‘membeli’ anggota Parlimen parti komponen BN dengan menawarkan wang ‘jutaan’ ringgit’ untuk menjatuhkan kerajaan diterajui Abdullah.

Dalam nada menyindir Lim menambah: "(Duit dari) mana? Saya ingat Anwar takkan ada duit sampai juta-juta."

Anwar pula berkata: “Mereka datang dan mendekati kita."

Kata Anwar, beliau telah bercakap dengan 'sejumlah' wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar.

Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah,” katanya.

Ketika mengulas berhubung isu berkenaan, Setiausaha Agung Umno yang baru, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN akan menghantar kumpulan perisik ke seluruh negara bagi menyiasat perkara itu.

“Ada maklumat yang sahih dan tak sahih, ada kata begini dan ada yang kata begitu. Sebab itu kita hantar kumpulan perisik kita sendiri bagi memeriksa keadaan di bawah,” kata Adnan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan laman berita internet sebagai berkata, beberapa Ahli Parlimen BN terutama di Sabah dan Sarawak, sedia menimbang kemungkinan menyertai pakatan BA.

Di KUCHING, anggota Parlimen Serian yang juga Penolong Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Richard Riot Jaem, dilaporkan keluar daripada parti itu kerana kecewa selepas tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baru.

Bagaimanapun Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan menafikan laporan berkenaan dengan mendakwa tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada anggota Parlimen itu.

Khamis, 20 Mac 2008

Sah, Richard Riot keluar BN, dijangka bawa ribuan penyokong sertai PKR

AHLI parlimen Serian, Richard Riot telah keluar dari SUPP - parti komponen Barisan Nasional (BN) - bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat pusat.

Richard, seorang Bidayuh, telah menjadi ahli parlimen Serian selama lima penggal. Beliau menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai Supp untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi Supp.

Richard menyerahkan surat keluar parti kepada Presiden Supp, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti. Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.
Seorang ahli veteran parti itu, yang bertindak sebagai jurucakap ahli parlimen Serian itu, mengesahkan kepada Malaysiakini desas-desus bahawa Richard telah keluar parti bersama ramai penyokongnya dari lima cawangan Supp kawasan tersebut.

Setiap cawangan mempunyai lebih 1,000 ahli.

Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, selepas surat itu diserahkan kepada Chan, presiden Supp itu menghantar setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard.

"Tetapi Richard tidak dapat ditemui," tambahnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti.

Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.

'Tidak dipenting'

Dalam suratnya itu, Richard dikatakan telah memberitahu Chan - salah seorang timbalan ketua menteri Sarawak - bahawa parti itu tidak mementingkan kaum Dayak.

Chan dituduh mengemukakan empat nama dari parti tersebut untuk pertimbangan perdana menteri sedangkan beliau (Chan) sendiri tahu kuota untuk parti itu hanya tiga jawatan - seorang menteri penuh dan dua timbalan menteri.

Empat nama tersebut ialah ahli parlimen Miri, Datuk Peter Chin, Datuk Robert Lau (Sibu), Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) dan Richard Riot.

Richard memang kerusi Serian untuk penggal kelima dengan majoriti besar 13,427 undi, mengalahkan calon Snap, Sylvester Belayong Jayang.

Parlimen Serian mempunyai 27,901 pemilih berdaftar - 80 peratus daripadanya suku kaum Bidayuh.

Ekoran keputusan Richard itu, Supp kini hanya mempunyai lima ahli parlimen - semua kaum Cina. Parti itu kalah kerusi parlimen (Bandar Kuching) kepada penyandang dari DAP, Chong Chieng Jen.

Richard tidak dapat dihubungi tetapi jurucakapnya memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah pulang ke kampungnya dan tidak akan menemui sebarang pemimpin Supp.

Beliau dijangka menjadi ahli parlimen bebas walaupun terdapat laporan yang mengatakan beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai PKR.

Nuffnang