Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 11 Mac 2008

Tiada Tekanan Untuk Letak Jawatan, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak timbul soal beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih mendapat sokongan padu terutama daripada pemimpin Umno.Malah, kata Abdullah, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara esok untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di sini, sebagai mengulas desas-desus kononnya beliau ditekan untuk meletakkan jawatan."Saya tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan," katanya sehari selepas memimpin Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum semalam.

Tiada ulasan:

Nuffnang