Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 20 Mac 2008

Kabinet Abdullah tidak disenangi ramai pihak

a








DATO' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa barisan kabinet barunya mengambil kira pandangan dan suara pengundi tetapi sebenarnya ramai kurang senang dengan pemilihan dibuat Perdana Menteri itu.

Penentangan itu bukan sahaja di kalangan pemimpin Barisan Alternatif bahkan lebih teruk ia datang dari dalam parti pemerintah sendiri.

Bahkan banyak laporan dibuat mendakwa beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sanggup untuk berpaling tadah.

Semalam, Dato' Seri Najib Tun Razak, 54 tahun, yang dilantik semula menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, mengepalai 31 menteri dan 35 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan ikrar taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Balairong Seri, Istana Negara.

Bagaimanapun, dua timbalan menteri yang disertakan dalam barisan kabinet yang diumumkan Datuk Seri Abdullah kelmarin, iaitu Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Kementerian Luar) dan Datuk Anifah Aman (Kementerian Pengangkutan) menolak tawaran berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas barisan kabinet berkenaan mendakwa rasa tidak puas hati di kalangan anggota parlimen BN membuatkan segelintir daripada mereka bersedia berpaling tadah untuk menyertai pembangkang, yang kini menguasai 82 daripada 222 kerusi parlimen. Pakatan BA hanya memerlukan 30 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Menurut Datuk Seri Anwar, kerajaan BN sedang mengalami keretakan dan hilang sokongan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

"Sentimen di Sabah dan Sarawak begitu kuat dan ramai sudah menghubungi kami," kata beliau.

"Mereka sedar, bagi Sabah dan Sarawak - kami memberi tawaran yang lebih baik," tambah beliau, yang menegaskan pembangkang menawarkan royalti lebih besar dari sumber asli negeri itu.

PAS pula berpendapat kabinet baru Perdana Menteri tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya umum lalu.

Presidennya, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang PAS melihat kabinet yang diumumkan Abdullah lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, bukannya ke arah membina Malaysia yang baru.

"Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu," tegasnya yang juga anggota Parlimen Marang.

Pemuda PAS pula mempersoalkan apakah relevan di sebalik pelantikan bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri mengenai hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial, sedangkan Dato' Ng Yen Yen telah dipilih menerajui Kementerian berkaitan.

"Pelantikan Shahrizat itu jelas menunjukkan pembaziran kerana jawatan tersebut bertaraf menteri," ujarnya.

kelantankini.com

Tiada ulasan:

Nuffnang